Wednesday, March 31, 2010

Kebenaran Di Sebalik Hari April Fool




Tarikh hari ni apa? 1 April 2010. Apa special sangat hari ni? It's April Fool's Day ! Ala, hari yang korang biasa kenakan member-member korang. Buat prank la, Wakenabeb la, Bang Bang Boom la dan macam-macam lagi la. Orang Barat memang tertunggu-tunggu hari ni untuk diorang sambut. Tapi korang tahu tak asal-usul April Fool ni dan kenapa cara nak raikan hari ni dengan kenakan orang?

Dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya tumbang diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan semua penganut Islam dari bumi Sepanyol. So, mereka membuat satu helah. Mereka memberitahu bahawa penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslim agak risau dan ragu-ragu dengan tawaran itu pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu pergi ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.

Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day.


So guys, inilah kebenarannya tentang April Fool yang disambut setiap 1 April di seluruh dunia. Ianya adalah satu tragedi sedih bagi umat Islam dan ia disambut dengan meriah oleh orang kafir. Sama-sama la kita renungkan. (Wah, ayat mahal ni)


Sumber : Hizbut Tahrir

Tuesday, March 30, 2010

Nak Tinggal Di Rumah Telur ?




Gambar di atas adalah gambar telur. Besar kan? Tidak, ini bukan telur dinosaur. Telur ni juga bukan telur biasa kerana kita boleh tinggal dalam telur ni.

'Rumah Telur' ni dibuat daripada polyester, dan memakan masa selama 18 bulan untuk disiapkan. Telur yang direka oleh fima arkitek Belgium, dmVa, dinamakan Blob VB3 dan ianya dilengkapi dengan bilik air, dapur, tempat tidur dan tempat menyimpan barang. Ia juga mempunyai pintu yang boleh dibuka secara automatik yang boleh dijadikan anjung. Blob VB3 juga boleh dijadikan sebagai pejabat, bilik tetamu dan macam-macam lagi.







Bagaimana ia dibuat:






Sumber : TheDesignInspiration

Din Beramboi Kritikal Di Hospital !




Pelawak, penyampai radio Era dan juri Raja Lawak, Din Beramboi kini sedang berada dalam keadaan kritikal kerana telah mengalami jangkitan kencing tikus. Dikatakan dia terkena jangkitan itu ketika menjalani penggambaran di sebuah zoo. Dia telah dimasukkan ke dalam ICU di Hospital Selayang kini sedang koma dan mengalami pendarahan dalaman. Kepada orang ramai, dia memerlukan darah jenis O dalam masa 24-48 jam. Mari kita sama-sama berdoa agar Din Beramboi sembuh.

Facebookers Yang Fail !


Sesetengah orang sepatutnya tak dibenarkan mempunyai akaun Facebook. Nak tahu sebab apa? Sebab diorang PHAIL !!



Truly asshole.


Pedas ni, memang makan dalam. Haha.


Kantoi !


Katak bawah tempurung?


Penemuan baru ! Imsomnia adalah matapelajaran !


Some people are retarded.


Nice one Mom !

Monday, March 29, 2010

Gambar-Gambar Ketika Earth Hour 2010


Pada 27 Mac 2010, hari Sabtu yang lepas, seluruh dunia telah memadamkan lampu selama 1 jam dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam sempena kempen Earth Hour. Banyak bangunan dan juga monumen yang terkenal telah mengambil bahagian dalam kempen ini. Jom usha gambar-gambar sekitar Earth Hour Sabtu lepas.

Las Vegas, USA




Great Sphinx of Giza, Egypt





Eiffel Tower, France





Stadium Bird Nest, China




India Gate, India



Sydney Harbour Bridge, Australia



Tokyo Tower, Japan



Sumber : Earthhour.org


p/s : Korang tutup lampu tak? Laptop pun kena tutup jugak, sebab keluarkan cahaya. Haha.

Evolusi KL Drift 2 Dah Macam Tokyo Drift !




Semalam aku pergi tengok Evolusi Kl Drift dekat TGV The Mines. Aku bukanlah jenis yang minat sangat tengok filem Melayu ni. Boleh kira la dengan jari la filem Melayu yang aku tengok.

Apa yang membuatkan aku tergerak hati nak tengok Evolusi KL Drift sebab satu je. Nak tengok Shaheizy Sam berlakon. Aku tengok trailer kat TV macam gempak je si Shaheizy Sam berlakon jadi samseng. Dulu tengok dia berlakon Adnan Sempit memang kelakar habis. Dari awal sampai akhir aku tergelak.


Adnan Sempit dah pakai kereta?

Semalam tengok filem tu panggung memang penuh. Dari atas sampai bawah. Aku tengok cerita tu memang nak tengok Shaheizy Sam berlakon jadi samseng. Tapi slack satu je, asal dia berlakon cakap macam orang Cina? Potong stim betul la. Mula-mula keluar scene dia, dah stailo dah dengan rambut panjang siap hisap rokok. Sekali cakap Cina da. Habis satu panggung bantai gelak. Time scene patutnya serius, orang bantai gelak, Dah macam tengok Adnan Sempit pulak. Haha. Tapi lakonan dia memang tip top ar.

Overall filem ni memang best ar. Sinematografi lawa (wah, ayat tak boleh tahan), skill drift pun gempak. Siap boleh drift kat Port Klang kat celah-celah kontena. Tapi tak boleh lawan Adnan Sempit. Haha. Cuma yang tak best, last sekali...



Mana boleh bagitau, kena pergi tengok la. Haha. Siapa tak tengok lagi tengok la trailer dulu kat bawah ni ye. =)





P/S : Syamsul, hero filem ni berlakon macam kayu la. Sebab tu la kot dia berlakon fiem sendiri, takde siapa nak ambik dia berlakon. Haha.

Sunday, March 28, 2010

George Bush Kantoi Lap Tangan Di Baju Bill Clinton


Baru-baru ni, kedua-dua bekas presiden Amerika Syarikat, George Bush dan Bill Clinton telah pergi melawat mangsa gempa bumi di Haiti. Sedang bersalam-salaman dengan mangsa, Bush telah kantoi lap tangan dia dekat baju Clinton. Jaga kebersihan kot. Haha. You're busted Bush!



Bush bersalam dengan salah seorang mangsa gempa bumi Haiti.



Bush meletakkan tangan yang disalam di bahu Clinton.



Dengan selambanya Bush membersihkan tangan dia dengan mengelapnya di baju Clinton.



Tak puas dengan gambar? Video ada kat bawah ni. Haha.

Friday, March 26, 2010

Kalau Jumpa Hantu Filem Jepun Ringu..


Korang pernah tengok filem hantu Jepun Ringu tak? Kalau korang dah tengok, dalam filem tu ada hantu perempuan rambut hitam panjang, pakai baju tidur putih kan? Tapi tu dalam filem je. Tapi macam mane reaksi korang kalau jumpa hantu tu betul-betul? Confirm cuak nak mampus la.

Dalam video ni, seorang budak perempuan Jepun 'menjadi' hantu seperti dalam filem Ringu. Tak salah aku Sadako kot nama hantu tu. Budak ni takutkan orang ramai dengan berdiri di luar pintu. Waktu malam pulak tu. Habis semua orang lalu lalang kena dengan dia. Haha.

Thursday, March 25, 2010

Angelina Jolie Ketika Berusia 15 Tahun


Aku minat gila dengan Angelina Jolie. Aku yakin ramai lelaki-lelaki kat luar sana tu minat dia jugak. First movie aku tengok dia berlakon 'Tomb Raider'. Since then, she's my number one. Apa yang hot tentang dia ni, of course la bibir dia. Betul tak guys? Haha.

Sebenarnya, sebelum jadi pelakon, Angelina Jolie adalah seorang model. Bawah ni ialah gambar eksklusif Angelina posing untuk first modelling shoot dia masa dia berumur 15 tahun. So, memang betul la bibir dia asli bukan surgery punya. Kecik-kecik dah nampak dah. Haha.










Gambar last sekali ni masa dia umur 10 tahun dengan bapak dia, Jon Voight.


Sumber : OMG

Wednesday, March 24, 2010

Anjing Yang Bermuka Manusia !





Ini bukan manusia yang memakai costume Halloween sebagai anjing. Ini juga bukan gambar Photoshop. Ini memang ANJING. Memperkenalkan Riley, seekor anjing jantan yang boleh membuat ekspresi muka manusia. Dalam gambar ni, Riley yang memakai topi, sedang menyambut hari jadinya yang pertama.

Menurut tuan Riley, Maureen Ravelo, 22, dari San Jose, California, ekspresi muka yang dibuat oleh Riley sangat meyakinkan sampai dia sendiri lupa yang Riley ialah seekor anjing. Riley juga boleh membuat muka 'sombong' dan juga muka 'ingin tahu'.

Satu soalan untuk korang. Is it cute or creepy? For me, it’s creepy. Cuak jugak kalau ada anjing boleh buat muka manusia. Entah-entah anjing tu dulu manusia, tapi kena sumpah dengan mak dia sebab derhaka macam dekat Mastika tu. Huhu.


Sumber : Metro UK

Monday, March 22, 2010

Pareidolia? Apakah Itu?


Pareidolia dalam English bermaksud "a psychological phenomenon involving a vague and random stimulus (often an image or sound)being perceived as significant". Atau lebih senang, situasi dimana kita melihat sesuatu muka atau wajah di sesuatu tempat dengan secara tidak sengaja. Ala, macam kita sedang berjalan-jalan, lepas tu kita ternampak muka awan yang berbentuk muka orang. Is it clear enough?

Yang menarik tentang pareidolia, sesuatu wajah tu boleh terbentuk di mana-mana. Jom tengok antara wajah-wajah fenomena pareidolia ni.



Lampu berwajah alien?



Jam loceng yang sedih



Wajah di rumah



Wajah comel di dishwasher



Peti surat hisap rokok?



Hantu dalam Scary Movie!



Beg yang tersenyum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...