Monday, March 29, 2010

Evolusi KL Drift 2 Dah Macam Tokyo Drift !




Semalam aku pergi tengok Evolusi Kl Drift dekat TGV The Mines. Aku bukanlah jenis yang minat sangat tengok filem Melayu ni. Boleh kira la dengan jari la filem Melayu yang aku tengok.

Apa yang membuatkan aku tergerak hati nak tengok Evolusi KL Drift sebab satu je. Nak tengok Shaheizy Sam berlakon. Aku tengok trailer kat TV macam gempak je si Shaheizy Sam berlakon jadi samseng. Dulu tengok dia berlakon Adnan Sempit memang kelakar habis. Dari awal sampai akhir aku tergelak.


Adnan Sempit dah pakai kereta?

Semalam tengok filem tu panggung memang penuh. Dari atas sampai bawah. Aku tengok cerita tu memang nak tengok Shaheizy Sam berlakon jadi samseng. Tapi slack satu je, asal dia berlakon cakap macam orang Cina? Potong stim betul la. Mula-mula keluar scene dia, dah stailo dah dengan rambut panjang siap hisap rokok. Sekali cakap Cina da. Habis satu panggung bantai gelak. Time scene patutnya serius, orang bantai gelak, Dah macam tengok Adnan Sempit pulak. Haha. Tapi lakonan dia memang tip top ar.

Overall filem ni memang best ar. Sinematografi lawa (wah, ayat tak boleh tahan), skill drift pun gempak. Siap boleh drift kat Port Klang kat celah-celah kontena. Tapi tak boleh lawan Adnan Sempit. Haha. Cuma yang tak best, last sekali...



Mana boleh bagitau, kena pergi tengok la. Haha. Siapa tak tengok lagi tengok la trailer dulu kat bawah ni ye. =)





P/S : Syamsul, hero filem ni berlakon macam kayu la. Sebab tu la kot dia berlakon fiem sendiri, takde siapa nak ambik dia berlakon. Haha.

3 comments:

hafizazmi17 said...

spoil dgn lakonan si syamsul.. =.=

shafiq08 said...

tu la, x sesuai langsung jadi hero..

Anonymous said...

Haha nampak sgt ko dengki kat syamsul ni.patutla pun ko sakit hati coz syamsul smart tapi diri sendiri serabai mcm budak hingusan takde masa depan.hahahahaahhh.blogger bingai rupanye.kitorang fan anda sokong anda syamsul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...