Tarikh hari ni apa? 1 April 2010. Apa special sangat hari ni? It's April Fool's Day ! Ala, hari yang korang biasa kenakan member-member korang. Buat prank la, Wakenabeb la, Bang Bang Boom la dan macam-macam lagi la. Orang Barat memang tertunggu-tunggu hari ni untuk diorang sambut. Tapi korang tahu tak asal-usul April Fool ni dan kenapa cara nak raikan hari ni dengan kenakan orang?
Dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya tumbang diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan semua penganut Islam dari bumi Sepanyol. So, mereka membuat satu helah. Mereka memberitahu bahawa penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.
Orang Muslim agak risau dan ragu-ragu dengan tawaran itu pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu pergi ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.
Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day.
So guys, inilah kebenarannya tentang April Fool yang disambut setiap 1 April di seluruh dunia. Ianya adalah satu tragedi sedih bagi umat Islam dan ia disambut dengan meriah oleh orang kafir. Sama-sama la kita renungkan. (Wah, ayat mahal ni)
Sumber : Hizbut Tahrir
7 comments:
wahhh....baru tau cmni cite nye...nasib la saya memng benci april fool...buat sakit hati jek..huhu
tu la.. ni semua propaganda orang kafir untuk jatuhkan umat islam..
thank for sharing bro....thanks...baru wa tau..
ur welcome bro.. kita sesama muslim ni kena sentiasa ingat mengingati..
yes..cerita benar..
anyway, giler lawak gmbr yg ko taruk tu..aku ade supervisor thesis aku, perangai sebijik cam boss tu..haha
aku nak cilok gambar..boley..hehe
BRO. Aku nak share yer. :)
ekceli...ni bukan kisah sebenar asal usul dia
rujuk :http://pinkgoodness.blogspot.com/2011/04/april-fool-or-april-full-of-fools.html
Post a Comment