Monday, March 15, 2010

Perkara Yang Sering Dilakukan Penuntut Universiti


Universiti. Tempat yang diidamkan oleh lepasan-lepasan SPM selepas tamat pengajian di sekolah menengah. Kalau result bagus, dapat la universiti bagus. Kalau lagi bagus, lagi 'jauh' la universiti korang dapat. Haha. Tapi bila masuk universiti bukannya korang belajar sangat. Betul tak? Kalau nak dean's list belajar la. Haha. 2 tahun aku dah masuk U dan aku dapat perhati benda yang student U aku mahupun U lain yang selalu buat kalau tak diorang tak study. Apakah aktiviti-aktiviti itu?


Main DOTA



Game ni memang popular dikalangan penuntut universiti aku. Aku jamin student universiti lain pun sama. Name panjangnya 'Death of the Angel' atau nama Melayunya, 'Dunia Orang Takde Awek'. WTF!? Di U aku, boleh dikatakan tiap-tiap bulan mesti ada tournament DOTA ni. Honestly, aku tak main game ni. Aku pernah cuba untuk menceburkan diri dalam bidang DOTA ni, tapi aku gagal dengan cemerlang untuk menjadi seorang DOTA-ers. Apa yang aku tahu pasal DOTA ni, "First Blood!!", "Monster Kill!!", dan kena klik mouse banyak kali. KLIKKLIKKLIKKLIKKLIK!!!!!!!!!


Main PES



'Pro Evolution Soccer'. Game ni pun boleh tahan popular dikalangan penuntut universiti masa kini. Aku main game ni dan aku boleh dikatakan power jugak la dalam game ni berbanding DOTA. Same seperti DOTA, budak-budak U aku selalu buat tournament PES ni. Nak main PES ni, mempunyai game controller yang berkualiti amatlah penting. Namun, jenama cap ayam tetap seperti Digiboy, Vinnyson dan lain-lain lagi menjadi pilihan.


Ber-Facebook



Aku yakin majoriti student universiti di Malaysia ni mempunyai akaun Facebook. Setiap jam mereka akan update status mereka. "Currently at the toilet.", "Saya nak berak.", "Saya rasa nak terkentut". Semasa belum baligh, layan Friendster. Sesudah baligh, bertukar ke Myspace. Apabila sudah matang. Facebook menjadi pilihan. Seperti students yang lain, aku lebih prefer menggunakan Facebook daripada social networking websites yang lain. Bagi aku Facebook ni simple, banyak applications yang 'menarik' seperti Farmville, Mafiawars(aku tak layan satu pun), stupid quizzes and etc.. And yes, I'm addicted to Facebook!


Layan Drama Korea dan Jepun



Jangan ingat gugurl je yang layan drama korea dan jepun ni, boboy pun layan jugak. Auww!! Tapi aku bukan la die-hard-fan sangat drama Korea/Jepun ni. Aku tengok pelakon dia gak. Kalau Maria Ozawa punya drama aku layan la. Roommate aku ada yang kaki drama Korea/Japan ni. Cakap je drama apa, mesti dia dah tengok. Hana Yori Dango la, Seito Shokun la, Toyota Mitsubishi la, Nissan Kawasaki la dan macam-macam lagi.


Download Movies Dan TV Series



Siapa yang tak suka intenet free. Aku jamin bahawa semua universiti di Malaysia ini dilengkapi dengan kemudahan wireless internet access. Kepada kaki-kaki download, mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk melepaskan nafsu mereka. Apa yang best download movie ni, kadang-kadang movie yang belum keluar di cinema kita dah boleh download dari internet. Lagi 1, movie yang didownload dari internet tidak lah ditapis oleh LPFM seperti kebanyakan filem yang kita tonton di pawagam. So, kepada peminat adegan ganas lagi brutal dan adegan ehem2x(you know what i means), takde censored punya la! Dan bagi peminat tv series, tiap-tiap minggu korang boleh follow series korang. Tak payah la nak tunggu TV3 ke, 8TV ke nak siarkan. Berjanggut la korang nak menunggu. And the most important thing is, do not download porn!




p/s : Study jangan lepak, nanti result kopak. Haha. =P

6 comments:

joegrimjow said...

kat sini lagi cepat nak mendownload
hoho

shaffique said...

hoho.. kat mane tu?
apa2x pun, streamyx paling laju kalau download..haha..

brain said...

DOTA kat tempat aku jadi Defence Of The Ancient

shaffique said...

kat tempat aku Dunia Orang Takde Awek..haha..

. . . said...

actually DOTA defence of the ancient larr!!! heheheheh... btw elle mmg sk!!! ms msk tgk mcm pening... sekali main!!! SYAITAN... dier menghasutku untuk terus bermain!!! hahahahahha... hidup jakiro!!!

manoth88 said...

defense of the ancient pls...ape pulak death of the angel...geli2 je dga...hahaha...noob.zzzz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...