Wednesday, March 10, 2010

Sebab-Sebab Pak Guard Selalu Saman Student



Security guard atau jaga atau pak guard adalah individu yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan sesuatu tempat. Universiti merupakan salah satu tempat dimana kita boleh lihat pak guard ni. Aku yakin majoriti student universiti di Malaysia ni benci kepada pak guard universiti diorang. Guess why? Sebab pak guard suka saman student!
Mari kita tinjau faktor-faktor yang menyebabkan pak guard ni suka saman korang.


1) Sebab mereka nak tunjuk siapa lagi kuat


Kebanyakan student universiti menganggap pak guard ni pengacau dan penyibuk. Kalau pak guard tahan nak buat spotcheck, student buat tak tahu je. Pak guard pun panas la. So, nak tunjuk siapa lagi besar pak guard pun cari kesalahan students walaupun sekecil zarah lepas tu bagi saman. "Sekarang baru korang tahu langit tinggi rendah!", kata seorang pak guard dalam hati dengan riak.


2) Sebab mereka tak puas hati tak dapat jadi polis



Kalau korang nak tahu, kebanyakan pak guard di Malaysia adalah mereka yang tidak berjaya menjadi polis atau askar. Sebab tapak kaki lurus la, rabun la, batuk tapi ehem-ehem tak naik dan macam-macam lagi kriteria tak dapat dipenuhi. Tapi diorang masih lagi nak jadi seorang polis atau askar. So, kerjaya yang paling berkaitan adalah menjadi seorang pak guard. Untuk melepaskan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat menangkap orang jahat dan menegakkan keadilan, mereka pun 'menangkap' student yang buat hal dan memberi saman.


3) Sebab mereka mahukan uniform baru


Kita sudah sedia maklum bahawa uniform pak guard ni tak lawa sangat. Macam uniform pengakap atau KRS je. Diorang nak tukar uniform baru yang lebih lawa lagi. Kalau boleh nak siap ada beret dengan boot sekali. Tapi duit takde. Lalu mereka mencari alternatif batu untuk mendapatkan duit banyak dalam masa yang singkat. Apa lagi, saman student la! Benda ni terjadi di universiti aku. Ada satu hari tu, pak guard buat spotcheck dengan tiba-tiba. Student tak pakai matric card, tak tuck in baju, even tak pakai stokin pun kena saman. Banyak jugak la student kena dan banyak jugak la pak guard collect duit. Seminggu lepas tu, pak guard dah ada uniform baru. Sebijik macam polis.


$4) Sebab kita buat salah


Yes. Admit it. You've done wrong and deserve to be punished. Tak kan la korang fly, seludup stok rokok masuk dalam hostel, lepas tu kena tangkap dengan pak guard, korang tak kena apa-apa. Confirm la korang kena saman. Diorang ada tanggungjawab jugak. Bak kata pak guard yang pernah saman aku, "Salah tetap salah. Ni kerja saya. Padan muka kamu la saya bertugas hari ni."

6 comments:

akihiko said...

slalu kena saman ngan pak guard sbb parking
tak suka^99
haha

akihiko

Azrul Hisham said...

teringat zaman U dulu...student memang tak suka ngan pak guard....

syikinshuhaimi said...

haha..baguslah entry ni..
memang pak guard keciwa xdpt jadi polislh tu
jadi polis dalam U pun jdlah..haha ;p

syahira ariff said...

wakakaka
pak guard asrama sy dulu siap bergaya ngan baju dia
konon nk tunjuk eksyen uniform cam polis nie
tp nasib bek kt asrama dulu x wujud saman2
kt U dah ader saman ekk,wuish.

shaffique said...

haha.. saman kat u mahal, sekali saman RM50..
mana tak panas student..

hanis aleeya aka gadis sepi said...

Gila kut. Baru2 ni ada student fakulti nis kena saman 60. Alasan? Meja sepah. Wei, atok RS! Kalau study meja tak sepah, bukan nama study. Itu tido kat meja namanya. Mesti ada sepah gak sikit2. Kertas ni letak kat sini, kertas tu letak kat situ.. Pensel jatuh kejap2.. Apa punya RS laa.. Tau la Kapten(B). apara!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...