Showing posts with label ripley's believe it or not. Show all posts
Showing posts with label ripley's believe it or not. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

Cairkan Batu Menggunakan Cahaya Matahari


Siapa dulu pernah cuba bakar sesuatu guna kanta pembesar makmal sekolah angkat tangan ! HAHA. Konsep video ni sama macam eksperimen gagal korang dulu buat tapi lebih berteknologi tinggi.

Dengan memfokuskan cahaya matahari pada satu tempat, kepanasan cahaya matahari mampu mencairkan batu malahan apa-apa objek di dunia ni. Bak orang kata, "Baru panas dunia, belum panas neraka"



Sumber : Gizmodo

Tuesday, November 23, 2010

Gambar Produk Apple Yang Dimusnahkan


Entri lepas aku ada post pasal smartphone yang dibakar. Kali ni pasal produk-produk Apple yang dihancurkan. Projek ini adalah artwork dari Michael Tompert dan Paul Fairchild.

Tompert mendapat idea untuk menghancurkan produk-produk Apple ini apabila dia membelikan iPod Touch untuk dua orang anak lelakinya. Namun, kedua-dua anaknya berebut untuk salah satu daripada iPod Touch yang mempunyai game. Tompert yang naik hangin kemudiannya mengambil iPod Touch itu dan membalingnya ke lantai. FFFUUUU !!!

Bersama rakannya, Paul Fairchild seorang jurugambar, mereka menghancurkan 12 produk Apple seperti iPhone 3G, iPad, iPod Nano dan lain-lain lagi. Hasil kerja mereka dipamerkan di Live Worms Gallery di San Francisco.







Sumber : Design Boom dan LA Times

Friday, September 17, 2010

Harimau Yang Macam Kucing


Aku suka kucing. Aku lagi suka kalau kucing ni saiz dia besar sikit macam anjing. Tapi kalau saiz besar macam harimau, lagi best. Memang masyuk kalau buat bantal peluk. Haha.



Memperkenalkan Panjo, kucing idaman aku. Besar memang macam harimau, sebab Panjo memang HARIMAU. Panjo, seekor harimau Bengal, merupakan haiwan peliharaan bagi Goosey Fernandes. Goosey Fernandes menjumpai Panjo yang ketika itu baru berusia 3 minggu ditinggalkan oleh ibunya di hutan Pretoria, South Africa. Fernandes kemudian membawa Panjo balik ke rumahnya dan terus membela Panjo. Sehingga kini, Panjo sudah berusia 19 bulan.

Walaupun Panjo seekor harimau, tapi dia seperti seekor kucing biasa yang suka bermanja dengan tuannya, tidur di atas sofa dan bermain di halaman rumah. Panjo juga berkawan baik dengan anjing Fernandes.

Namun, Panjo mungkin akan berpisah dengan tuannya kerana nalurinya sebagai haiwan liar mungkin akan mendatangkan bahaya jika tinggal di tempat yang kecil. Saiz Panjo yang walaupun kelihatan sudah besar, juga hanyalah separuh daripada saiznya sebelum matang.






Sumber : Daily Mail

Saturday, August 14, 2010

Luntik, Kucing Bertelinga Empat


Kalau bermata empat, orang kata pakai cermin mata. Kalau bertelinga empat, orang kata apa pulak ? Haha.



Luntik, merupakan seekor anak kucing yang unik kerana ia mempunyai 4 telinga. Luntik yang berumur tiga bulan dari Vladivostok, Russia ini mempunyai sepasang telinga 'spare' di hadapan telinga asalnya. Tapi telinga extra nya itu tidak mempunyai apa-apa fungsi kerana ianya tiada saluran telinga.





Sumber : Daily Mail

Friday, June 25, 2010

Mari Berenang Di Kolam Setinggi 50 Tingkat




Ada berani ? Haha. Tengok gambar pun dah cuak. Kolam renang yang diberi nama "infinity pool" ini mempunyai ketinggian setinggi 55 tingkat dan kepanjangan 150 meter - 3 kali lebih panjang dari kolam renang Olympic - terletak di Hotel Marina Bay Sands, Singapura.

Swimming pool ini adalah salah satu dari tarikan Hotel Marina Bay Sands yang baru dibuka. Antara tarikan lain ialah "Skypark" - sebuah kawasan outdoor yang seluas 200 meter di tingkat atas hotel.

Hotel bertaraf 5 bintang ini memakan belanja sebanyak 4 billion pound untuk dibina mempunyai 2560 bilik dan suite, kawasan membeli-belah, panggung wayang, muzium dan kasino. Hotel ini direka oleh Moshe Safdie, yang mendapat inspirasi dari bentuk susunan kad.

Siapa yang rasa-rasa duit dah berkepuk dalam bank tu, boleh la lepak kat hotel ni sehari dua. Haha.





Sumber : Daily Mail

Wednesday, May 19, 2010

Ini Budak Lelaki Suara Macam Lady Gaga


Serius sebijik ! Nama budak ni Greyson Michael Chance, berumur 13 tahun. Baru-baru ni dia telah menjadi popular di YouTube apabila dia post kan video dia menyanyikan lagu 'Paparazzi' nyanyian Lady Gaga. Kira nak jadi macam Justin Bieber la ni.

Yang menariknya, dia menyanyikan lagu Paparazzi ni sebijik suara macam Lady Gaga. Video nyanyian dia di YouTube telah ditonton hampir 18 juta. Dan baru-baru ni dia dapat perform nyanyian dia di The Ellen DeGeneres Show dan Lady Gaga sendiri call dia masa show tu. Tak pasal-pasal je famous. Haha.



Greyson di The Ellen Degeneres Show







P/S : Aku ada jugak post video dekat YouTube tapi tak popular pun. Huhu.

Wednesday, May 12, 2010

Remaja 17 Tahun Di Dalam Tubuh Bayi


Brooke Greenberg, seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun. Namun umurnya itu tak menggambarkan ciri fizikalnya remaja normal kerana dia masih lagi bayi.


Brooke, 16, dan adik perempuannya, Carly, 13 tahun.

Brooke Greenberg merupakan satu-satunya manusia di dunia ini yang menghidapi penyakit Syndrome X iaitu penyakit yang menyebabkan pembesarannya terhenti dan kekal dalam fizikal seorang bayi.

Sehingga sekarang, dia hanya mempunyai ketinggian setinggi 30 inci, seberat 16 paun dan memerlukan penjagaan yang rapi seperti seorang bayi. Walaupun Brooke mempunyai fizikal seperti bayi, tapi dia mempunyai tulang seperti budak berusia 10 tahun dan usia mentalnya hanya mencecah 9 bulan ke 1 tahun.

Tahap kesihatan Brooke juga agak lemah dan sering diserang penyakit seperti strok, sawan dan ulcer. Doktor pakar tak dapat menjangka berapa lama lagi dia boleh hidup. Dengan masalah kesihatannya, dia mungkin tidak mencecah umur 50 tahun.


Brooke dan keluarga



Sumber : The Sun


P/S : Korang dah tengok filem 'The Curious Case Of Benjamin Button' ? Mungkin takde kena mengena dengan artikel di atas tapi aku baca bila jumpa artikel ni teringat pasal filem tu. Aku syorkan korang tengok.

Tuesday, May 4, 2010

Penjara Ini Mungkin Lebih Selesa Dari Rumah Anda




Siapa kata masuk penjara tak best? Kalau tengok Prison Break, memang macam hell penjara ni. Kalau korang genius macam Michael Scofield mungkin boleh survive kot. Haha. Tapi penjara Halden Fengsel di Norway mungkin penjara yang menjadi idaman korang kalau korang nak masuk penjara.

Penjara ini dilengkapi dengan trek berlari, rock climbing, studio rakaman dan dihiasi dengan perabot Ikea. Penjara seluas 75 ekar ini mengambil 10 tahun dan sebanyak $252 juta digunakan untuk dibina. Pengedar dadah, perogol, pembunuh dan pelbagai penjenayah lain ditempatkan di sini. Tetapi untuk membuatkan penjara ini kelihatan tidak seperti sangat selesa, dinding setinggi 20 kaki dibina untuk menghalang pemandangan luar banduan dan dinding ini dihiasi dengan pelbagai lukisan mural.

Di dalam penjara ini, bilik banduan dilengkapi dengan TV flat screen, peti ais dan juga tingkap yang besar supaya banduan dapat menikmati sinaran cahaya matahari, Untuk lawatan conjugal, pelawat banduan boleh menikmati waktu yang indah bersama di sebuah rumah khas. Pergkh. Memang terbaik. Haha.










Sumber : Gawker

Thursday, April 29, 2010

Ini Baru Anak Lawan Mak !


Adakah ini dikira anak derhaka ? Haha. Amanda Moore, 25, seorang ibu yang mempunyai ketinggian 3 kaki 1 inci. Dengan ketinggian ini, Amanda adalah ibu yang paling terkecil di Britain. Dan anaknya yang hanya berusia 14 bulan, lebih tinggi darinya. Amanda melahirkan anak lelakinya dengan cara Caesarean.



Amanda yang menghidapi penyakit tulang rapuh dilahirkan dengan 14 tulang patah dan doktor menasihatinya supaya tidak mengandung kerana dikhuatiri tulangnya yang rapuh tidak dapat menahan berat kandungannya. Tetapi, dia telah tak sengaja mengandung (WTF?) dan doktor mencadangkan supaya menggugurkan kandungannya itu.

Amanda mengambil risiko tidak menggugurkan kandungannya itu dan akhirnya anaknya selamat dilahirkan dan tidak mewarisi penyakit tulang Amanda. Pada usia 14 bulan, Aidan dengan berat 22 paun, telah melebihi ketinggian ibunya dengan 2 kaki 6 inci. Dia dan suaminya, Steven Fyfe, 20, masih merancang untuk mempunyai anak lagi. Bagus, tak serik-serik lagi. Haha.




Sumber : Daily Mail

Wednesday, April 21, 2010

World Cup Ini Tidak Akan Jatuh Ke Tangan England


England adalah antara pasukan favourite untuk memenangi World Cup disamping Brazil dan Sepanyol. Tapi tahun ni aku rasa World Cup tak akan jatuh ke tangan England. Brazil dan Sepanyol pun jangan harap. Sebab apa pulak? Sebab diorang mungkin ada masalah untuk memegang dan menjulang trofi World Cup ni.



Willard Wigan, 44, seorang sculptor, menghabiskan masa selama 15 jam sehari dalam 3 minggu untuk menyiapkan World Cup yang paling kecil di dunia dari emas 42 karat. Sculptor dari Birmingham ini menggunakan pahat berlian yang kecil untuk membuat trofi Piala Dunia ini di atas kepala pin.

Menurut Willard Wigan, membuat trofi sekecil ni memerlukan banyak kesabaran dan skill yang unik. Bahagian yang paling susah baginya ialah mengukir negara-negara di glob piala. Dia juga banyak kali gagal dalam percubaan untuk menbuat trofi ni. Tiga kali percubaannya tak menjadi dan satu daripadanya jatuh ke lantai dan tak berjaya dijumpainya. Semut ambik kot. Haha.




Sumber : Daily Mail



P/S : World Cup kali ni aku sokong Ivory Coast. Korang ?

Monday, April 19, 2010

Penyelamat Dunia Memang Wujud !


Mereka ingin menjadi Superman, tapi takde superpower. Mereka ingin menjadi Batman, tapi harta tiada. Hanya pekerja kilang biasa. Mereka juga ingin menjadi Spiderman, tapi takde labah gigit. Hanya kena gigit semut. Tapi mereka tetap ingin menjadi superhero, menyelamatkan orang yang berada dalam kesusahan.

Memperkenalkan superhero di bandar New York, The Phantom Zero dan Nyx, The Dark Guardian, Life dan Cameraman, dan The Transformational Warriors !

The Phantom Zero dan Nyx



Mereka berdua adalah couple. Auww, sweet gituu !! The Phantom Zero mengutip wang untuk kebajikan dan mendermanya kepada orang yang susah. Awek dia pulak, Nyx, menyiasat tempat memproses dadah dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

The Dark Guardian



The Dark Guardian atau nama sebenarnya, Cris Pollak, 25, membanteras kegiatan mengedar dadah di bandar New York. Dia telah menjalankan tugas sebagai superhero ini selama tujuh tahun. Kira otai la ni. Haha.

Life dan Cameraman



Dua orang superhero ni kadang-kadang tolong The Dark Guardian. Diorang jugak tolong bagi makanan kepada orang susah seminggu sekali.

Transformational Warriors



Icentiti sebenar mereka adalah Arjuna Ladino, 42, dan Shanti Owen, 50. Tugas diorang ni lain sikit. Tak tahu la ni dikira superhero ke tak. Diorang memberi kaunseling kepada pasangan-pasangan kekasih yang bercinta. Spread the love, baby !!

Sumber : New York Post



P/S : Kat Malaysia takde ke? Boleh la jugak tolong polis sikit. Haha.

Monday, April 5, 2010

Kedai Seks Online Untuk Muslim


Jangan terkejut. Ini benda betul. Di Belanda, sebuah kedai seks online yang diberi nama El Asira yang bermaksud 'masyarakat' telah dilancarkan baru-baru ini. Menurut menurut pengasas web ni, Abdelaziz Aouragh, pada empat hari pertama perlancarannya, seramai 70,000 orang pengunjung telah melawat El Asira dan laman ini adalah kedai seks erotik pertama di dunia yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.



Menurut Abdelaziz Aouragh lagi, web ini ditujukan khas kepada pasangan Muslim yang sudah berkahwin tetapi tidak arif tentang seks. Produk-produk yang dijual juga dibuat daripada bahan yang halal dan selari dengan ajaran Islam. Antara produk yang dijual adalah seperti minyak urut, pelincir dan pil yang boleh menaikkan nafsu syahwat.

Salah seorang ahli ulama di Belanda, Imam Abdul Jabbar, tidak menganggap web El Asira ini sesuatu yang salah. Kata beliau, "Selagi dia tidak menjual alat mainan seks dan sebagainya, ia tidak menjadi masalah. Nabi Muhammad juga memberikan banyak nasihat mengenai seks dalam pernikahan dan kita tidak perlu malu tentang ia."

Kalau korang nak tahu berita lebih lanjut, boleh klik disini atau terus pergi home page El Asira Apa pendapat korang tentang online sex shop ni?




P/S : Try jugak bukak home page El Asira ni, tapi offline sebab ramai sangat visitor.

Wednesday, March 24, 2010

Anjing Yang Bermuka Manusia !





Ini bukan manusia yang memakai costume Halloween sebagai anjing. Ini juga bukan gambar Photoshop. Ini memang ANJING. Memperkenalkan Riley, seekor anjing jantan yang boleh membuat ekspresi muka manusia. Dalam gambar ni, Riley yang memakai topi, sedang menyambut hari jadinya yang pertama.

Menurut tuan Riley, Maureen Ravelo, 22, dari San Jose, California, ekspresi muka yang dibuat oleh Riley sangat meyakinkan sampai dia sendiri lupa yang Riley ialah seekor anjing. Riley juga boleh membuat muka 'sombong' dan juga muka 'ingin tahu'.

Satu soalan untuk korang. Is it cute or creepy? For me, it’s creepy. Cuak jugak kalau ada anjing boleh buat muka manusia. Entah-entah anjing tu dulu manusia, tapi kena sumpah dengan mak dia sebab derhaka macam dekat Mastika tu. Huhu.


Sumber : Metro UK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...