P/S : Vuvuzela ni nama je dari Afrika, tapi buatnya dekat China.
Showing posts with label 2010 FIFA World Cup. Show all posts
Showing posts with label 2010 FIFA World Cup. Show all posts
Tuesday, June 29, 2010
Anjing Terberak Dengar Bunyi Vuvuzela
P/S : Vuvuzela ni nama je dari Afrika, tapi buatnya dekat China.
Prank Kreatif Sempena Kekalahan England
Monday, June 28, 2010
Gambar Reaksi Penyokong England
Ramai penyokong England terutama orang England sendiri kecewa atas kekalahan pasukan negara mereka semalam. Bawah ni aku nak share reaksi penyokong England selepas kekalahan pasukan diorang. Serius memang passionate betul orang England ni kalau pasal bola. Sampai nangis pun ada.




Game semalam pun agak kontroversi kerana gol yang dijaringkan Frank Lampard ketika separuh masa pertama tidak dikira oleh pengadil perlawanan. Ketika itu kedudukan perlawanan adalah England 1-2 Jerman. Jika gol itu dikira, mungkin England boleh menang game semalam. Mungkin. Haha.

Wednesday, June 16, 2010
Stokin World Cup !
Tapi, selain membeli jersey negara pasukan pilihan, apa lagi yang korang boleh beli untuk tunjukkan sokongan korang ? Stokin ! Yup, stokin. Jom usha antara stokin yang direka khas sempena World Cup ni.
Argentina

Germany

Kalau ada yang berminat tu, boleh la beli di sini.
Friday, June 11, 2010
Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 !
Pasukan Sepanyol yang akan memenangi FIFA World Cup 2010 kali ini. Sepanyol akan bertemu Brazil pada final dan memenangi perlawanan itu 3-1. Tapi semua ini adalah mengikut simulasi yang telah dilakukan oleh the official 2010 FIFA World Cup video game keluaran EA Sports. Simulasi ini dijalankan mengikut keadaan yang sama yang akan dialami oleh kesemua 32 pasukan yang menyertai Piala Dunia kali ini.
Pada perlawanan final tersebut, Brazil terlebih dahulu menjaringkan gol hasil jaringan Felipe Melo pada minit ke-30. Namun, David Villa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.
Pada separuh masa kedua pula, kedudukan menjadi 2-1 apabila David Villa mejaringkan gol keduanya dalam perlawanan pada minit ke-61. Menjelang akhir perlawanan, Cesc Fabregas mejaringkan gol ketiga buat Sepanyol pada minit ke-88. Keputusan akhir perlawanan, Sepanyol 3-1 Brazil dan Piala Dunia milik Sepanyol.
Antara keputusan lain adalah tempat ketiga dimenangi oleh England selepas dikalahkan oleh Brazil menerusi sepakan penalti. Englang memenangi tempat ketiga dengan menewaskan Argentina 2-1. Kasut Emas pula dimenangi oleh David Villa dari Sepanyol dengan 7 gol.
Sumber : Shacknews
P/S : Aku pun pilih Sepanyol jugak menang World Cup. Hehe. Korang ?
Wednesday, May 5, 2010
Drogba Dan Ronaldo Jadi Model Seluar Dalam
(Kepada pembaca wanita, sebelum anda scroll down, imej dibawah mungkin agak seksi bagi anda. Haha.)

Tapi diorang bukan saja-saja nak tayang badan dan ehem-ehem diorang. Haha. Ini adalah sebahagian daripada photoshoot eksklusif untuk majalah Vanity Fair edisi bulan Jun. Jurugambar selebriti, Annie Leibovitz telah merantau ke 4 buah negara untuk mengumpulkan 11 pemain kebangsaan negara yang menyertai World Cup untuk photoshoot ini.
Antara pemain lain yang terlibat adalah Sulley Muntari (Ghana), Pato dan Kaka (Brazil), Landon Donovan (USA), Samuel Eto'o (Cameroon), Michael Ballack (Germany), Carlton Cole (England), Dejan Stankovic (Serbia) dan Gianluigi Buffon (Italy)
Yang bestnya, semua pemain bola yang terlibat dalam photoshoot ini bergambar dengan hanya mengenakan underwear bendara negara masing-masing. Sungguh patriotik mereka ni. Haha.

Bawah adalah video di sebalik photoshoot ni.
P/S : Kenapa hidung berdarah tu? Haha.
Labels:
2010 FIFA World Cup,
gambar seksi,
seksi,
sukan,
underwear,
Vanity Fair Photoshoot
Wednesday, April 21, 2010
World Cup Ini Tidak Akan Jatuh Ke Tangan England

Willard Wigan, 44, seorang sculptor, menghabiskan masa selama 15 jam sehari dalam 3 minggu untuk menyiapkan World Cup yang paling kecil di dunia dari emas 42 karat. Sculptor dari Birmingham ini menggunakan pahat berlian yang kecil untuk membuat trofi Piala Dunia ini di atas kepala pin.
Menurut Willard Wigan, membuat trofi sekecil ni memerlukan banyak kesabaran dan skill yang unik. Bahagian yang paling susah baginya ialah mengukir negara-negara di glob piala. Dia juga banyak kali gagal dalam percubaan untuk menbuat trofi ni. Tiga kali percubaannya tak menjadi dan satu daripadanya jatuh ke lantai dan tak berjaya dijumpainya. Semut ambik kot. Haha.

Sumber : Daily Mail
P/S : World Cup kali ni aku sokong Ivory Coast. Korang ?
Subscribe to:
Comments (Atom)















