
Miss USA 2010 ini bernama Rima Fakih, seorang imigran Lubnan yang berusia 24 tahun. This hot brunette berasal dari Dearborn, Michigan merupakan wanita Islam pertama yang memenangi pertandingan ratu cantik Amerika ini.
Dilahirkan di Lubnan, Rima Fakih telah berpindah ke Amerika ketika masih lagi bayi. Dia telah dibesarkan di New York dan bersekolah di sekolah Katolik.
Rima Fakih mengalahkan 50 wanita cantik yang lain dan memenangi gelaran Miss USA 2010. Di dalam pertandingan ratu cantik itu, dia telah memberitahu juri bahawa keluarganya berpegang kepada ajaran Islam dan juga Kristian dan lebih selesa di gelar Arab-American.
Rima Fakih mungkin adalah wanita Islam pertama yang menjadi Miss USA kerana pihak penganjur sendiri tidak mempunyai rekod sebelum ini jika ada wanita Arab-American, Islam ataupun imigran yang lain pernah memenangi gelaran ini.
Tapi selepas beberapa jam Rima Fakih dinobatkan sebagai Miss USA, beberapa keping gambar menunjukkan dia menyertai pertandingan 'pole dancing' pada 2007 tersebar di Internet. Yang menariknya dia telah memenangi pertandingan itu. Aku tak nak post gambar tu kat sini. Aku dah tengok dah. Korang carik la sendiri. Hehe.




Sumber : Daily Mail
P/S : Boleh pulak macam ni kan ? Haha.