Showing posts with label info bagus. Show all posts
Showing posts with label info bagus. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Taman Dalam Tasik




Taman dalam tasik ini dipanggil Green Lake. Ia terletak berhampiran kaki pergunungan Hochschwab, Austria.

Sepanjang musim sejuk lalu, tempat ini hampir sepenuhnya kering dan biasa dikunjungi oleh pendaki sebelum mendaki gunung. Tetapi apabila suhu mula meningkat pada musim panas, ais dan salji di puncak gunung mulai mencair dan turun ke kawasan bawah. Akhirnya kawasan bawah di penuhi dengan air dan menjadi tasik.

Tasik ini dipenuhi dengan air sejuk yang jernih, dan kelihatan seperti warna hijau oleh rumput dan pokok-pokok didasarnya. Kini, tempat ini menjadi tarikan untuk para penyelam dari seluruh dunia.





Sumber : Daily Mail

Tuesday, September 7, 2010

Festival Rambut Merah Belanda


I love redheads. Redheads paling aku minat Christina Hendricks and Hayley Williams. Bagi aku redheads (rambut merah atau ginger hair) ni unik and of course, merah itu sexy. Huhu.



Pada 5 September 2010 lalu di Breda, Belanda, satu Festival Rambut Merah telah dianjurkan. Ini adalah tahun ke-5 festival ini diadakan. Semua insan-insan yang berambut merah tidak kira usia di Belanda semua berkumpul disini untuk meraikan ke-'rambut merah'-an mereka.

Festival ini bukan hanya berkenaan tentang warna rambut peserta tetapi semua yang berkenaan dengan warna merah. Antara aktiviti yang dianjurkan pada festival ini adalah photoshoot, fashion show, and even lecture tentang rambut merah! Haha.

Festival ini buat pertama kalinya diadakan pada 2005 apabila pelukis dan diilhamkan oleh pelukis Belanda, Bart Rouwenhors. Penyertaan festival ini meningkat dari tahun ke tahun dan pada tahun lepas, lebih 4000 redheads telah turut serta.






Sumber : Daily Mail

Tuesday, June 1, 2010

This Is 50 Cent. Trust Me.






Yup, this is 50 Cent. 50 Cent yang nyanyi lagu 'In The Club' tu. 50 Cent penyanyi rap yang muka ganas macam penjenayah tu. 50 Cent yang dulu badan dia berketul-ketul tu.

Kepada peminat 50 Cent kat sini, jangan risau. (ada ke ?) Dia bukan ada peyakit bulimia ke, leukimia ke mahupun parkinson. Dia jadi macam ni untuk berlakon dalam filem terbaru dia, Things Fall Apart. Filem ini mengisahkan tentang seorang pemain American footbal yang menghidapi penyakit kanser.

Untuk mendapatkan tubuh badan seperti ini, (wah, macam iklan pelangsing badan pulak) 50 Cent telah mengamalkan diet makanan cecair selama 9 minggu. Dia juga menghabiskan masa selama 3 jam sehari di atas mesin treadmill untuk menurunkan berat badannya dari 96 kilogram kepada 70 kilogram.

So, kalau sesiapa yang agak chubby-chubby tu nak turunkan berat badan sikit, boleh la amalkan liquid diet 50 Cent ni. Berbalo-baloi. Haha.

50 Cent dahulu kala

Thursday, April 29, 2010

Ini Baru Anak Lawan Mak !


Adakah ini dikira anak derhaka ? Haha. Amanda Moore, 25, seorang ibu yang mempunyai ketinggian 3 kaki 1 inci. Dengan ketinggian ini, Amanda adalah ibu yang paling terkecil di Britain. Dan anaknya yang hanya berusia 14 bulan, lebih tinggi darinya. Amanda melahirkan anak lelakinya dengan cara Caesarean.



Amanda yang menghidapi penyakit tulang rapuh dilahirkan dengan 14 tulang patah dan doktor menasihatinya supaya tidak mengandung kerana dikhuatiri tulangnya yang rapuh tidak dapat menahan berat kandungannya. Tetapi, dia telah tak sengaja mengandung (WTF?) dan doktor mencadangkan supaya menggugurkan kandungannya itu.

Amanda mengambil risiko tidak menggugurkan kandungannya itu dan akhirnya anaknya selamat dilahirkan dan tidak mewarisi penyakit tulang Amanda. Pada usia 14 bulan, Aidan dengan berat 22 paun, telah melebihi ketinggian ibunya dengan 2 kaki 6 inci. Dia dan suaminya, Steven Fyfe, 20, masih merancang untuk mempunyai anak lagi. Bagus, tak serik-serik lagi. Haha.




Sumber : Daily Mail

Tuesday, April 27, 2010

Senarai 10 Pemain Bola Terkaya Di Dunia


Baru-baru ini, majalah Forbes telah mengeluarkan senarai 10 pemain bola sepak yang menerima gaji tahunan tertinggi di dunia. David Beckham sekali lagi telah menerima gaji tertinggi dan selebihnya pemain bola dari liga Sepanyol (Primera Liga) dan liga Inggeris (English Premier League). Main bola sepak je dah dapat duit berjuta-juta. Kat Malaysia macam mana pulak ? Hehe.

1) David Beckham (LA Galaxy & Milan) €30 m (RM127.8juta)


2) Cristiano Ronaldo (Real Madrid) €22 m (RM93.7 juta)


3) Kaka (Real Madrid) €17.5 m (RM74.5 juta)


4) Ronaldinho (Milan) €17.5 m (RM74.5 juta)


5) Thierry Henry (Barcelona) €16 m (RM68.1 juta)


6) Lionel Messi (Barcelona) €14 m (RM59.6 juta)


7) Frank Lampard (Chelsea) €12 m (RM51.1 juta)


8) John Terry (Chelsea) €11 m (RM46.8 juta)


9) Zlatan Ibrahimovic (Barcelona) €11 m (RM46.8 juta)


10) Steven Gerrard (Liverpool) €10.5 m (RM44.7 juta)




P/S : What does a professional footballer do ? Work ? Or play ?

Monday, April 26, 2010

Ada Apa Dengan Gunung Berapi Eyjafjallajokull ?



Semua orang tahu tentang berita gunung berapi yang meletus baru-baru ini di Iceland. Kalau korang tak tahu, sah korang tak baca newspaper atau kalau bukak internet pun, bukak Facebook je. Letusan gunung berapi ini telah menghasilkan asap yang tinggi dan tebal dan menggendalakan lalu lintas di Eropah selama beberapa hari.

Gunung berapi Eyjafjallajokull (susah betul nak pronounce) telah mula meletus pada 20 Mac lalu. Pada letusan pertama, tiada apa-apa sebarang masalah besar timbul. Tetapi pada 14 April 2010, gunung berapi ini kembali meletus dan menyebabkan berlakunya glasier. Saiz letusannya adalah 20 kali ganda lebih besar dari sebelumnya.

Berbeza dengan letusan pertama, letusan kedua ini berlaku di bawah ais glasier. Jadi, letusan ini menghasilkan kepulan asap berisi kaca yang amat berbahaya kepada pesawat. Kepulan asap ini dikatakan setinggi 17,000 meter.

Sebanyak 60,000 penerbangan di seluruh dunia terutama Eropah dibatalkan dan antara penumpang kapal terbang yang terkandas ialah golongan selebriti, pembuat filem, ahli muzik dan ahli sukan. Industri penerbangan dijangka kerugian RM700 juta (€150 juta) sehari.

Bawah ni ada beberapa gambar letusan gunung berapi Eyjafafafukuufuufu (aku malas nak taip). Tengok gambar ni bercampur baur perasaan aku. Teruja ada, takut pun ada. Mungkin juga ini adalah petanda bahawa hari kiamat sudah dekat kerana asap yang tebal adalah satu daripada tanda besar hari kiamat. Wallahualam.












P/S : Apa yang aku tahu, game Champions League minggu ni, team yang ada game away, semua kena travel naik bas. Antaranya ialah Barcelona, Lyon, dan juga Liverpool yang main game Europa League. Dan yang menariknya, team yang kena travel semua kalah termasuk Barcelona yang kalah dengan Inter Milan 3-1. Haha.

Saturday, April 17, 2010

Jersey Terbaru Chelsea Musim 2010/2011


Pengumuman kepada semua penyokong pasukan Chelsea ! Bahawasanya Chelsea telah mengeluarkan jersey terbaru mereka untuk musim 2010/2011. Mari usha !



Jersey terbaru ini menampilkan v-collar design yang berwarna putih dan sedikit warna merah. Tapi kenapa ada warna merah pulak ? Official color untuk Chelsea kan biru ? Penambahan warna merah ini adalah sempena tribute kepada 'The Pensioners', penyokong veteran Chelsea yang terkenal dengan kot merah mereka. Nak tahu lebih lanjut, klik sini.

Jersey ini akan dipakai untuk pertama kalinya pada 9 Mei ketika perlawanan menentang Wigan yang merupakan game terakhir Chelsea dalam EPL season ni. Bawah ni abang-abang Chelsea kita berposing maut dengan jersey terbaru mereka. Abang Drogba sungguh gagah perkasa !!








Harap season ni Chelsea dapat buat double, menang EPL dan FA Cup. Hidup Chelsea !!





P/S : Ada jersey Chelsea dari season 07/08. Tapi semua Downtown mari ! Haha.

Wednesday, April 14, 2010

Majalah Lucah Untuk Orang Buta !




Berita baik untuk orang buta ! Just kidding. Haha. Di Kanada, sebuah majalah pornografi telah dilancarkan khas untuk orang buta. Maksudnya majalah itu ditulis dalam tulisan braille dan lukisannya dalam lukisan yang tertimbul.

Majalah itu diberi nama Tactile Minds hasil karya Lisa Murphy. Majalah ini lengkap dengan ayat-ayat yang lucah dan gambar bogel lelaki dan perempuan. Antara lukisan timbul yang terdapat dalam majalah ini ialah perempuan bogel yang menari disco, perempuan dengan 'perfect breast' dan 'male love robot'.

Menurut Lisa, dia menghasilkan buku ini kerana dia merasakan bahawa golongan buta seperti telah ditinggalkan dan dipulaukan oleh gambar-gambat yang seksi. What the fish !






Sumber : Telegraph


P/S : Minta maaf jika gambar diatas terlalu seksi atau offensive.

Tuesday, April 6, 2010

Inikah Wajah Sebenar Nabi Isa?




Dengan menggunakan teknologi komputer 3-D yang terbaru, sekumpulan digital artist telah dapat mengetahui wajah Jesus ataupun Nabi Isa yang sebenar. Bentuk muka dan badan Jesus diambil daripada 'Shroud Of Turin' atau lebih dikenali sebagai kain kapan yang meliputi badan Jesus dalam makamnya.

Menurut Ray Downing, ketua projek ini, untuk mencipta semula wajah Jesus, kain kapan Jesus adalah objek yang penting dalam projek ini. Dengan bentuk wajah Jesus yang melekat di kain kapan, Downing boleh mendapatkan blueprint wajah sebenar Jesus dan membina wajah itu dalam bentuk 3-D. Tetapi ramai pakar mengatakan bahawa kain kapan itu adalah palsu.

Keputusan projek ini akan ditayangkan di The History Channel dalam minggu ini. Dokumentari itu bertajuk, The Real Face Of Jesus. Hmmm, kalau betul la ni wajah sebenar Nabi Isa, boleh kita percaya benda ni?







Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh tengok video ni.





Sumber : Telegraph dan History
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...