Showing posts with label wajah sebenar nabi isa. Show all posts
Showing posts with label wajah sebenar nabi isa. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Inikah Wajah Sebenar Nabi Isa?




Dengan menggunakan teknologi komputer 3-D yang terbaru, sekumpulan digital artist telah dapat mengetahui wajah Jesus ataupun Nabi Isa yang sebenar. Bentuk muka dan badan Jesus diambil daripada 'Shroud Of Turin' atau lebih dikenali sebagai kain kapan yang meliputi badan Jesus dalam makamnya.

Menurut Ray Downing, ketua projek ini, untuk mencipta semula wajah Jesus, kain kapan Jesus adalah objek yang penting dalam projek ini. Dengan bentuk wajah Jesus yang melekat di kain kapan, Downing boleh mendapatkan blueprint wajah sebenar Jesus dan membina wajah itu dalam bentuk 3-D. Tetapi ramai pakar mengatakan bahawa kain kapan itu adalah palsu.

Keputusan projek ini akan ditayangkan di The History Channel dalam minggu ini. Dokumentari itu bertajuk, The Real Face Of Jesus. Hmmm, kalau betul la ni wajah sebenar Nabi Isa, boleh kita percaya benda ni?







Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh tengok video ni.





Sumber : Telegraph dan History
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...