Sportcenter Asia merupakan salah satu rancangan berita sukan kegemaran aku. Tiap-tiap 7.30 atau 10.30 malam, Isnin sampai Jumaat, aku mesti bukak channel ESPN. Tapi semalam aku 'tertengok' Sportcenter Malaysia edisi Bahasa Malaysia. Sebelum ni memang dah ada Sportcenter Malaysia tapi in English.
Apa yang menarik perhatian aku dengan Sporcenter bahasa Malaysia ni - of course la in Malay, tapi pembaca beritanya, Reem Shahwa. Cara dia cakap Melayu kelakar, macam omputeh cakap Melayu, lepas tu ada bahasa baku sikit. Rupa-rupanya dari kecik dia memang 'speaking London'. Haha. Jom kita usha sikit Cik Reem Shahwa ni.
NAMA: Reem Shahwa Mohd Radza
TARIKH LAHIR: 31 Oktober 1985
ASAL: Kuala Lumpur
TINGGI: 155 sentimeter
BERAT: 44 kilogram
MAKANAN KEGEMARAN: Masakan Jepun dan Itali serta masakan ibu, nasi rawan
MINUMAN KEGEMARAN: Air putih
TEMPAT INGIN DILAWATI: Kepulauan Maldives
ARTIS DIMINATI: Sheila Majid
Setakat ni saja yang aku dapat Google tentang dia ni. Nak tahu lagi layan la Sportcenter Malaysia di ESPN. Haha.