Tuesday, July 10, 2012

Bola Sepak Lumpur Piala Dunia 2012


Euro 2012 sudah pun tamat. Premier League pula akan bermula dalam satu bulan lagi. Sementara nak menunggu EPL bermula, apa kata kita layan Swamp Soccer World Cup. Ya, main bola sepak dalam lumpur pun ada piala dunia.

Kejohanan bola sepak lumpur ini bermula pada 5 Julai lalu akan berlangsung selama 10 hari. Kejohanan yang sudah masuk tahun kedua ini diadakan ni Beijing, China. Sebanyak 32 pasukan bertanding untuk mewakili China dalam Swamp Soccer World Cup 2012 yang akan diadakan di United Kingdom.

Setiap pasukan dianggotai oleh 6 orang, dan perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain wanita diatas padang. Mereka akan bermain di padang yang berukuran 25m panjang dan 15m lebar. Tiada peraturan off-side atau spot penalti dan tiada had untuk pemain simpanan. Setiap perlawanan berlangsung selama 30 minit, 12 minit setiap separuh masa, 6 minit masa rehat. Let's get dirrrty!!!





Sumber : Metro UK

Monday, July 9, 2012

Anakin, Kucing Yang Tiada Kaki Belakang


'The force is strong with this one.' Anak kucing jantan yang bernama Anakin ini dilahirkan tanpa pelvis dan kaki belakang. Anakin dijumpai oleh tuannya Carrie Hawks, 36 dari Florida, sedang mengengsot mencari makan di tepi jalan. Berasa kasihan, Carrie mengambil keputusan untuk membela Anakin.

Carrie telah membawa Anakin berjumpa dengan veterinar dan menurut doktor, x-ray badan Anakin menunjukkan ia memang tiada pelvis dan kaki belakang. Walaupun begitu, organ dalaman Anakin adalah normal dan sihat seperti kucing biasa.

Anakin bergerak dengan menolak kebelakang kaki depannya. Jika perlu, ia menggunakan ekornya untuk mengimbangkan badan. Untuk membuang air pula, Anakin mengalami sedikit kesukaran. Oleh itu Carrie menyediakan litter box khas dah cecair enema untuknya.

Anakin juga mempunyai akaun Facebook dan juga Twitter yang menerima sumbangan untuk bil perubatannya.






Sumber : Daily Mail

Saturday, July 7, 2012

Superhero The Avengers Versi Sailormoon


Bagaimanakah rupa apabila Sailor Moon bergabung dengan The Avengers? Mashup art yang awesome ini adalah karya Ann Marcellino ini dipanggil Sailor Avengers. "Dengan kuasa bulan, akan menghukummu!"

Sailor Iron Man

Captain Sailor

Sailor Thor

Sailor Hulk

Bagaimana Wajah Manusia Terbentuk Di Dalam Janin


Setiap pasangan yang bakal menjadi ibu bapa pasti ingin tahu bagaimana wajah bayi mereka apabila apabila ianya dilahirkan nanti. Muka mak atau muka ayah. Kalau muka tiada rupa mak atau ayah, something wrong somewhere la tu. Haha.

Video dari BBC yang bertajuk 'Inside the Human Body' ini menunjukkan bagaimana wajah bayi terbentuk. Ia dihasilkan dari imbasan embrio pada peringkat awal pembesaran hingga ke usia 3 bulan selepas persenyawaan. Video ini menunjukkan bagaimana bahagian muka terbentuk dan bercantum seperti 'puzzle' di mana pada mulanya, mata akan terbentuk, diikuti dengan mulut dan hidung.

Jika dilihat dengan teliti, pembentukan muka kita seakan-akan seperti ikan. Embrio manusia mempunyai bentuk seperti ikan. Mata kita terbentuk dari tepi dan kemudiannya berubah ke tengah. Adakah manusia berasal dari keturunan ikan? Apakah?




Sumber : Daily Mail

Friday, July 6, 2012

Potret Genetik Keluarga Yang Unik


Di dalam sesebuah keluarga, pasti ada ahli keluarga yang mempunyai muka atau raut wajah yang sama. Tidak kira la ayah dengan anak atau adik dengan kakak. Bak kata orang, "Sebijik la muka kau dengan bapak kau".

Pereka grafik dan jurugambar, Ulric Collette, telah menghasilkan potret dengan mencantumkan beberapa gambar ahli keluarga untuk membuktikan wujudnya genetik yang sama dalam setiap ahli keluarga.

Emak/Anak: Francine, 56 & Catherine, 23


Adik beradik: Catherine, 23 & Veronica, 29


Kembar: Karine, & Dany, 25


Kembar: Laurence & Christine, 20

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...