Tuesday, May 31, 2011

Poster Filem Popular Versi Orang Lidi


Aku yakin semua umat manusia di dunia ni tahu lukis orang lidi. Ia adalah benda paling senang sekali. Kalau masa exam Pendidikan Seni darjah 1, paling koman kalau lukis orang lidi pun boleh dapat markah 80%.

Di bawah ini adalah iklan dari syarikat penyiaran Chilean DirecTV. Slogan iklan ini adalah "Keep a better memory from your movies." Memang la senang nak ingat kalau guna orang lidi je. Haha.

Titanic


300



Harry Potter



Jaws



Star Wars 5 : Empire Strikes Back


Sumber : Ads Of The World

Monday, May 30, 2011

Ahli Bina Badan Wanita Tertua Di Dunia


Dia mungkin tua dan seorang nenek, tapi bukan sebarang nenek. Ernestine Shepherd, 74 tahun, dari Baltimore, Amerika, telah dinobatkan oleh Guinness Book of World Records sebagai ahli bina badan tertua di dunia.

Ernestine yang mempunyai seorang anak dan seorang cucu, mengamalkan diet yang ketat untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang berotot dan setiap hari, beliau akan berlari sekurang-kurangnya 10 batu. Beliau juga tidak menggunakan steroid dan apa-apa nutrisi tambahan.

Ernestine yang juga merupakan seorang guru kecergasan, menceburi arena bina badan pada umur 56 tahun Sepanjang 18 tahun penglibatannya dalam bidang bina badan, beliau telah menyertai 9 acara marathon dan memenangi 2 pertandingan bina badan. Menurut Ernerstine, idolanya adalah Sylvester Stallone. Hmmm, this is so not exactly your typical grandmother. Haha.




Sumber : Daily Mail

Saturday, May 28, 2011

Cermin Mata Hitam Censorship


Sekarang ni ada macam-macam fesyen cermin mata. Ada yang jenis hipster, yang bingkai besar, yang tiada cermin, yang berjaring-jaring dan macam fesyen lagi la. Rimas aku tengok. Haha.

Tapi semua cermin mata tu tak boleh lawan cermin mata hitam Censorship ni. Cermin mata dari Urban Outfitters ni menutup sebahagian besar mata dan membuatkan identiti si pemakai seperti di-censored. Kira macam korang ni macam penjenayah atau pelaku video lucah. Haha. Siapa nak satu boleh beli di sini dengan harga $12.



Sumber : Whatthecool

Friday, May 27, 2011

Kucing Tidur Mati Yang Comel


Memang tidur mati kucing ni. Tengok muka pun memang macam dah mati. Comel sangat sampai nak je aku cekik sampai mati. Haha.

Thursday, May 26, 2011

Bendera Negara Mengikut Makanan Popular


Setiap negara mempunyai makanan mereka tersendiri yang terkenal. Jika di Malaysia, kita terkenal dengan nasi lemak. Di Jepun pula, terkenal dengan sushi. Di bawah ini, adalah bendera negara yang direka mengikut makanan popular negara mereka.

Aku tak dapat nak teka semua jenis makanan. Yang aku tahu, Itali spaghetti, Sepanyol makaroni, dan Jepun sushi. Hmmm, macam mana ye rupa bendera Malaysia kalau buat macam ni? Haha.

Itali

Sepanyol


Perancis


Brazil


Tuesday, May 24, 2011

Pokemon Versi Minimalis


Aku minat Pokemon. You should see the pattern by now as aku banyak post entry pasal Pokemon. Di bawah ini adalah illustrasi Pokemon versi minimalis. Ianya adalah karya Natalie Al-Tahhan. Ada 5 gambar semuanya. Ni pun Pokemon yang basic. Kalau anda tak dapat teka, aku tak tahu nak cakap apa. Kesian. Haha.






Sumber : The Uniblog

Sunday, May 15, 2011

Kecik-Kecik Dah Pandai Comolot


Too cute or too soon ? Apa-apa pun video ini sangat comel. Makes me say "Awww...".

Saturday, May 14, 2011

Superhero Terkenal Dalam Bentuk ABC


Dibawah adalah 26 huruf dari A sehingga Z yang mewakili 26 superhero-superhero yang terkenal. Ianya adalah karya Fabian Gzlez. Kalau korang dapat teka semuanya, aku memang salute sama lu. Aku pun dapat teka berapa kerat je. Nak tahu jawapannya sila klik link di bawah.


Wednesday, May 11, 2011

Ironman + Buzz Lightyear = Ironbuzz Lightman


Ironman atau Buzz Lightyear ? FFFUUU, mindfuck !!! Ini kes sama macam Kunguin.


Sumber : Awesome Robo

Tuesday, May 10, 2011

Poster Iklan Pencuci Muka Yang Unik


Sila tenung poster ini selama 20 saat. Jerawat anda pasti hilang !



P/S : Aku dulu guna Oxy juga. Tapi tak hilang pun jerawat aku. Guna Nivea For Men, mukaku bersih berseri !

Monday, May 9, 2011

Bagaimana Prince William Dan Kate Middleton Sebenarnya Bertemu


Tahukan anda bagaimana Prince William dan Kate Middleton bertemu? Tahukan anda apa yang anda baca dalam berita tentang mereka semua karut? Macam ni sebenarnya mereka bertemu. Just like the classic love story. Haha.


Sumber : Neil Cameron

Saturday, May 7, 2011

Cooper, Kucing Yang Pandai Mengambil Gambar


Anda ada kucing yang suka merayau? Pernah tertanya ke manakah kucing anda pergi? Adakah pergi mengawan? Itulah persoalan yang menjadi idea kepada Michael dan Deirdre Cross, tuan kepada Cooper, kucing yang pandai mengambil gambar.

Pasangan Cross telah memakaikan Cooper timer-operated camera di lehernya dan setiap 2 minit, kamera itu akan menangkap gambar secara automatik. Antara gambar-gambar yang ditangkap oleh Coooper ialah gambar tempat persembunyian kegemarannya, gambar kucing lain, gambar tuannya dan lain-lain. Kiranya gambar yang ditangkap adalah dari mata seekor kucing la.

Cooper dan tuannya setakat ini telah mengadakan dua pameran di Amerika dan gambar-gambar yang ditangkap mendapat permintaan ramai untuk dibeli. Cooper juga mempunyai lebih 40 ribu peminat di Facebook dan dokumentari tentangnya telah ditayangkan di Animal Planet. Lagi gambar boleh klik di bawah.




Friday, May 6, 2011

Bagaimana Mahu Menjadi X-Men (DIY)


Mahu menjadi X-Men seperti Wolverine? Tetapi malangnya tiada radiasi atau mutasi berlaku kepada anda? Jangan risau kerana Rafael Bastos, seorang pereka grafik ada jalan penyelesaiannya.

Dengan berbekalkan beberapa barang yang mudah didapati dengan kos yang murah, anda boleh menjadi ahli X-Men seperti Wolverine, Cyclops, Gambit dan Magneto. Apa tunggu lagi, do it yourself ! Haha.


Wolverine


Cyclops


Thursday, May 5, 2011

Gambar-Gambar Palsu Mayat Osama Bin Laden


Seperti yang sedia maklum, Osama Bin Laden akhirnya telah mati dibunuh oleh pihak Amerika. Namum, ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ianya hanya konspirasi dari Amerika. Lebih menimbulkan syak wasangka lagi, White House tidak menyiarkan sebarang gambar mahupun video sebagai bukti yang menunjukkan Osama telah mati.

Dan di sepanjang itu, beberapa gambar mayat Osama yang palsu telah tersebar di Internet. Nampak macam real, tapi sebenarnya photoshop. Di sini ada beberapa gambar mayat Osama yang direka oleh mereka yang pandai ber-photoshop. Haha. AMARAN: Ada gambar yang diambil dari mayat sebenar and is very graphic.

Palsu

Original


Wednesday, May 4, 2011

Bagaimana Rasanya Tinggal Di IKEA


Korang dah pernah tengok filem 500 Days Of Summer ? Kalau dah tengok, kan ada scene di mana Zooey Deschanel dan Joseph Gordon-Levitt berangan mereka tinggal di rumah yang sebenarnya kedai perabot IKEA. Dalam scene tu ada la mereka berangan di dapur, bilik air, dan bilik tidur.

Jurugambar Christian Gideon, mendapat inspirasi dari filem itu dan telah menghasilkan beberapa koleksi gambar menunjukkan bagaimana rasanya tinggal di IKEA. Ekspresi muka semua memang 'bersemangat dan menyakinkan'. Priceless! Lagi gambar boleh dilihat di website beliau.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...