Monday, May 30, 2011

Ahli Bina Badan Wanita Tertua Di Dunia


Dia mungkin tua dan seorang nenek, tapi bukan sebarang nenek. Ernestine Shepherd, 74 tahun, dari Baltimore, Amerika, telah dinobatkan oleh Guinness Book of World Records sebagai ahli bina badan tertua di dunia.

Ernestine yang mempunyai seorang anak dan seorang cucu, mengamalkan diet yang ketat untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang berotot dan setiap hari, beliau akan berlari sekurang-kurangnya 10 batu. Beliau juga tidak menggunakan steroid dan apa-apa nutrisi tambahan.

Ernestine yang juga merupakan seorang guru kecergasan, menceburi arena bina badan pada umur 56 tahun Sepanjang 18 tahun penglibatannya dalam bidang bina badan, beliau telah menyertai 9 acara marathon dan memenangi 2 pertandingan bina badan. Menurut Ernerstine, idolanya adalah Sylvester Stallone. Hmmm, this is so not exactly your typical grandmother. Haha.




Sumber : Daily Mail

4 comments:

Sufi Tshirt Printing said...

haha..semua muscle dah kecut..kekeke

misyamissyou said...

wah..kuat lg dia..huhuu

HAFIZAL said...

gagah perkasa seperti badang

Lindonut said...

O.o

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...