Tuesday, September 28, 2010

Kartun-Kartun Dahulu Versi Ganas


Siapa masa masih budak hingusan dulu-dulu suka tengok kartun macam Bugs Bunny, Daffy Duck, Tom and Jerry dan macam-macam lagi ? Kalau kita tengok, tu mesti ada scene kena hempap dengan batu la, kena tembak la, kena belasah la. Tapi last-last tak mati pun, tak cedera parah pun. Cuma mata lebam dengan ada la balut-balut sikit.

Sekarang ni kita pun dah besar, so aku bagi 18SG punya version. Dah takde dah kalau kena tembak muka jadi hitam. Terus BLOODD !






Monday, September 27, 2010

Video Panda Arab Mengamuk !


Panda dalam iklan ni memang stailo + comel + ganas habis ! BTW, sebelum korang tengok, iklan ni dalam bahasa arab. Korang kena tengok semua dulu baru faham apa maksud iklan ni. Serius kena tengok !

Panda Mengamuk Di Supermarket



Panda Mengamuk Di Dapur



Panda Mengamuk Di Pejabat



Panda Mengamuk Di Hospital



Panda Mengamuk Di Supermarket 2




P/S : Don't say no to Panda.

Friday, September 24, 2010

Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan


Perbezaan ketika membuang air.



P/S : Bukan semua lelaki dan perempuan macam ni kan. KAN KAN KAN ???

Sunday, September 19, 2010

Need For Speed Hot Pursuit - Polis Pakai Lamborghini


Aku bukanlah seorang kaki gaming. Tak banyak game yang aku main. Ada beberapa kerat je game yang aku follow. Antaranya Counter Strike, PES, GTA, Left 4 Dead, Far Cry dan Need For Speed. (Kata sikit, ni macam banyak je.)

Bulan November ni, Need For Speed Hot Pursuit keluar. Game ni back to the original idea of NFS ; main kejar-kejar. Haha. Tengok trailer game dia, serius gempak habis. Siap polis pakai Lambo tuu. Can't wait to play it !

Friday, September 17, 2010

Harimau Yang Macam Kucing


Aku suka kucing. Aku lagi suka kalau kucing ni saiz dia besar sikit macam anjing. Tapi kalau saiz besar macam harimau, lagi best. Memang masyuk kalau buat bantal peluk. Haha.



Memperkenalkan Panjo, kucing idaman aku. Besar memang macam harimau, sebab Panjo memang HARIMAU. Panjo, seekor harimau Bengal, merupakan haiwan peliharaan bagi Goosey Fernandes. Goosey Fernandes menjumpai Panjo yang ketika itu baru berusia 3 minggu ditinggalkan oleh ibunya di hutan Pretoria, South Africa. Fernandes kemudian membawa Panjo balik ke rumahnya dan terus membela Panjo. Sehingga kini, Panjo sudah berusia 19 bulan.

Walaupun Panjo seekor harimau, tapi dia seperti seekor kucing biasa yang suka bermanja dengan tuannya, tidur di atas sofa dan bermain di halaman rumah. Panjo juga berkawan baik dengan anjing Fernandes.

Namun, Panjo mungkin akan berpisah dengan tuannya kerana nalurinya sebagai haiwan liar mungkin akan mendatangkan bahaya jika tinggal di tempat yang kecil. Saiz Panjo yang walaupun kelihatan sudah besar, juga hanyalah separuh daripada saiznya sebelum matang.






Sumber : Daily Mail

Tuesday, September 7, 2010

Festival Rambut Merah Belanda


I love redheads. Redheads paling aku minat Christina Hendricks and Hayley Williams. Bagi aku redheads (rambut merah atau ginger hair) ni unik and of course, merah itu sexy. Huhu.



Pada 5 September 2010 lalu di Breda, Belanda, satu Festival Rambut Merah telah dianjurkan. Ini adalah tahun ke-5 festival ini diadakan. Semua insan-insan yang berambut merah tidak kira usia di Belanda semua berkumpul disini untuk meraikan ke-'rambut merah'-an mereka.

Festival ini bukan hanya berkenaan tentang warna rambut peserta tetapi semua yang berkenaan dengan warna merah. Antara aktiviti yang dianjurkan pada festival ini adalah photoshoot, fashion show, and even lecture tentang rambut merah! Haha.

Festival ini buat pertama kalinya diadakan pada 2005 apabila pelukis dan diilhamkan oleh pelukis Belanda, Bart Rouwenhors. Penyertaan festival ini meningkat dari tahun ke tahun dan pada tahun lepas, lebih 4000 redheads telah turut serta.






Sumber : Daily Mail
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...