Pasangan Cross telah memakaikan Cooper timer-operated camera di lehernya dan setiap 2 minit, kamera itu akan menangkap gambar secara automatik. Antara gambar-gambar yang ditangkap oleh Coooper ialah gambar tempat persembunyian kegemarannya, gambar kucing lain, gambar tuannya dan lain-lain. Kiranya gambar yang ditangkap adalah dari mata seekor kucing la.
Cooper dan tuannya setakat ini telah mengadakan dua pameran di Amerika dan gambar-gambar yang ditangkap mendapat permintaan ramai untuk dibeli. Cooper juga mempunyai lebih 40 ribu peminat di Facebook dan dokumentari tentangnya telah ditayangkan di Animal Planet. Lagi gambar boleh klik di bawah.


