Semua dah tahu yang Manchester United tak dapat pergi semi final Champions League walaupun menang semalam di Old Trafford 3-2. Tapi disebabkan peraturan away goal, Manchester United
kalah dengan agregat 4-4. Masa 1st leg, Manchester United kalah 2-1.
Aku tersangat lah gembira tak terkata bila Manchester United kalah. Huhu. Ramai jugak la member aku yang penyokong Man Utd kena 'nganjing' dengan aku. Haha. Untuk menambahkan lagi luka dihati member-member aku dan pembaca belog aku yang mungkin juga fans Man Utd, ingin aku abadikan gambar-gambar game yang team korang KALAH semalam. Haha. Enjoy !!

Darren Gibson meraikan jaringan gol pertama perlawanan.
Agregat : Manchester United 2-2 Bayern Munich

Nani tak dapat menahan kegembiraannya selepas menjaringkan 2 gol.
Agregat : Manchester United 4-2 Bayern Munich

Demichelis dan Van Buyten kelihatan kecewa selepas ketinggalan 3-0.

Rooney yang injured pun nak main jugak.

Ivica Olic menjaringkan gol dan untuk Bayern membuat comeback.
Agregat : Manchester United 4-3 Bayern Munich

Rafael dilayangkan kad merah selepas mengasari Franck Ribery.

"Apa ni referee, kena bayar ke? Nak kena backhand ke!"

Gaya Arjen Robben selepas menjaring gol volley yang melayakkan Bayern ke semi final dengan kelebihan away goal.
Agregat : Manchester United 4-4 Bayern Munich

Bayern meraikan kejayaan mereka melangkah ke semi final. Bayern akan bertemu dengan Lyon.