Semua orang tahu tentang berita gunung berapi yang meletus baru-baru ini di Iceland. Kalau korang tak tahu, sah korang tak baca newspaper atau kalau bukak internet pun, bukak Facebook je. Letusan gunung berapi ini telah menghasilkan asap yang tinggi dan tebal dan menggendalakan lalu lintas di Eropah selama beberapa hari.
Gunung berapi Eyjafjallajokull (susah betul nak pronounce) telah mula meletus pada 20 Mac lalu. Pada letusan pertama, tiada apa-apa sebarang masalah besar timbul. Tetapi pada 14 April 2010, gunung berapi ini kembali meletus dan menyebabkan berlakunya glasier. Saiz letusannya adalah 20 kali ganda lebih besar dari sebelumnya.
Berbeza dengan letusan pertama, letusan kedua ini berlaku di bawah ais glasier. Jadi, letusan ini menghasilkan kepulan asap berisi kaca yang amat berbahaya kepada pesawat. Kepulan asap ini dikatakan setinggi 17,000 meter.
Sebanyak 60,000 penerbangan di seluruh dunia terutama Eropah dibatalkan dan antara penumpang kapal terbang yang terkandas ialah golongan selebriti, pembuat filem, ahli muzik dan ahli sukan. Industri penerbangan dijangka kerugian RM700 juta (€150 juta) sehari.
Bawah ni ada beberapa gambar letusan gunung berapi Eyjafafafukuufuufu (aku malas nak taip). Tengok gambar ni bercampur baur perasaan aku. Teruja ada, takut pun ada. Mungkin juga ini adalah petanda bahawa hari kiamat sudah dekat kerana asap yang tebal adalah satu daripada tanda besar hari kiamat. Wallahualam.
P/S : Apa yang aku tahu, game Champions League minggu ni, team yang ada game away, semua kena travel naik bas. Antaranya ialah Barcelona, Lyon, dan juga Liverpool yang main game Europa League. Dan yang menariknya, team yang kena travel semua kalah termasuk Barcelona yang kalah dengan Inter Milan 3-1. Haha.
10 comments:
firasat kita sama lak..aku mmg rasa nie tanda kiamat la... mm...
liverpool kesayangan aku pun kalah.. cehh...
gerunnyerrr
insaf + takut..
Allah maha berkuasa.
OMG...mintk2 la tak de pape..;(
pergh...smart2 gambar sume..dem
dasyat betul penangan eyjaprapra ni yek, aku harap barca bleh menang nanti yay!
waahh... tbe2 ckp pasal kiamat tkut plak. huhu
semua tu tanda-tanda Allah nak tunjuk kat kita.. kita je yang buta untuk tak menyedarinya..
DESASTER.. tapi tetap cantik
subahanallah
Post a Comment