Thursday, April 29, 2010

Gerabak Khas KTM Untuk Perempuan ?




Semalam aku tertengok Buletin Utama di TV3 dan ada satu berita yang agak menarik dan mengejutkan aku. Kelakar pun ada. Haha.

Beritanya ialah Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter telah memperkenalkan gerabak khas untuk wanita sahaja. Ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki.

Gerabak khas itu akan menggunakan tema ‘Wanita Saja Sepanjang Masa' dan dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu. Tapi pengguna komuter wanita tidak diwajibkan menggunakan gerabak khas itu dan boleh memilih menggunakan gerabak biasa.

Aku rasa bagus jugak tindakan KTM sebab sepanjang aku menggunakan komuter dari Seremban ke Kuala Lumpur beberapa tahun ni, memang kaum Hawa ni selalu tak dapat nak masuk tren. Lagi-lagi kalau tren tu dah penuh. Tak kan la diorang nak himpit je masuk kat dalam ramai-ramai orang tu. Nak carik nahas ke. Haha.

Tapi ada jugak kontra berita ni bagi aku dan mungkin bagi jejaka-jejaka lain di luar sana. Tak dapat la cuci mata. Aku kalau naik tren mesti carik seat yang dekat dengan wanita-wanita yang ayu. Baru sejuk mata memandang. Hehe.




P/S : Kalau dari KL nak balik Seremban aku dah tak selalu naik KTM. Naik bas dari Pasar Seni je. Tambang sama, lebih selesa. But no cuci mata.

15 comments:

Encik Bulan said...

Dengar pun kelakar. hehe..tak apalah, biar kita lelaki ni mengalah demi keselesaan perempuan..

missiesya said...

hehe...ni yg best...bagus tul sapa yg bg cdangan wat gerabak wanita saja

honey amour said...

ok wat...

Lan Bingka said...

lepas ni ko cuci mata tengok jejaka2 je la..haha

cik.pija said...

haha! lelaki klo x cuci mata tak sah. haha!

attyfir said...

ada dgr kt radio hot fm.

Kamsiah yusoff said...

salam
walaupun akka dok kedah....dan tak guna pgkutan awam ni..tp ia satu langkah yg baik...selamat dari tgn2 gatal lelaki-gatal meraba dan gatal menyeluk saku...

fika79 said...

heheh..kurang skit dosa untuk org2 lelaki kat luar sana:P

Ace said...

wah! bagus tuh...

HEMY said...

tapi kalau takde wanita naik gerbak tu masa tu???takkan biar kosong dan bersempit kat gerabak lain

Norain Ishak said...

wah wah..memang sokong 500%..haha..takde lah terseremapk ngan mat indon,mat bangla.

Norain Ishak said...

wah wah..memang sokong 500%..haha..takde lah terseremapk ngan mat indon,mat bangla.

bebel bubble said...
This comment has been removed by the author.
Sollehahn Maximus said...

sokong 100%...pasni buat gerabak khas utk lelaki lak yer...

Unknown said...

urm,x ckop bgs cz still ad lelaki dlm koc wanita tue..dah la tue masuk x reti nk bg pmpuan dduk..cm tue gerabak khas utk lelaki gayany...hampes..T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...