Showing posts with label Keretapi Tanah Melayu. Show all posts
Showing posts with label Keretapi Tanah Melayu. Show all posts

Friday, June 4, 2010

Masalah Kereta Api Di Jepun Lagi Teruk Dari KTM Malaysia


Bukan kat Malaysia ni je yang ada masalah nak naik train. Kat Jepun lagi ganas.



Sampai polis train pun tolong sumbat sekali. Tak tahu la macam mana keadaan dekat dalam tu. Imagine it yourself. Haha.


P/S : Tengok video ni, teringat iklan Milo 3 in 1 baru.

Thursday, April 29, 2010

Gerabak Khas KTM Untuk Perempuan ?




Semalam aku tertengok Buletin Utama di TV3 dan ada satu berita yang agak menarik dan mengejutkan aku. Kelakar pun ada. Haha.

Beritanya ialah Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter telah memperkenalkan gerabak khas untuk wanita sahaja. Ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki.

Gerabak khas itu akan menggunakan tema ‘Wanita Saja Sepanjang Masa' dan dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu. Tapi pengguna komuter wanita tidak diwajibkan menggunakan gerabak khas itu dan boleh memilih menggunakan gerabak biasa.

Aku rasa bagus jugak tindakan KTM sebab sepanjang aku menggunakan komuter dari Seremban ke Kuala Lumpur beberapa tahun ni, memang kaum Hawa ni selalu tak dapat nak masuk tren. Lagi-lagi kalau tren tu dah penuh. Tak kan la diorang nak himpit je masuk kat dalam ramai-ramai orang tu. Nak carik nahas ke. Haha.

Tapi ada jugak kontra berita ni bagi aku dan mungkin bagi jejaka-jejaka lain di luar sana. Tak dapat la cuci mata. Aku kalau naik tren mesti carik seat yang dekat dengan wanita-wanita yang ayu. Baru sejuk mata memandang. Hehe.




P/S : Kalau dari KL nak balik Seremban aku dah tak selalu naik KTM. Naik bas dari Pasar Seni je. Tambang sama, lebih selesa. But no cuci mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...