Showing posts with label Barclays Premier League. Show all posts
Showing posts with label Barclays Premier League. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Jersey Terbaru Chelsea Musim 2011/2012


Pengumuman kepada semua penyokong pasukan Chelsea ! Ye, ye Fernando Torres akhirnya sudah pecah dara dengan menjaringkan gol Sabtu lalu. Tapi ada lagi satu pengumuman. Bahawasanya Chelsea telah mengeluarkan jersey terbaru mereka untuk musim 2011/2012.

Jersey terbaru daripada Adidas ini dinspirasikan daripada jersi-jersi lama Chelsea pada tahun 80-an. Ia menampilkan corak stripes melintang dan mempunyai warna putih di bahagian bahu.

Jersey ini akan dipakai untuk pertama kalinya pada 14 Mei ketika perlawanan menentang Newcastle yang merupakan game terakhir Chelsea dalam EPL season ini.




Monday, May 10, 2010

Aksi Chelsea Juara Liga Inggeris Musim 09/10 !




Chelsea telah dinobatkan selaku juara Liga Perdana Barlays bagi musim 2009/2010 semalam dengan menewaskan Wigan 8-0 di stadium Stamford Bridge. Hatrik daripada Didier Drogba, 2 gol daripada Nicolas Anelka manakala Frank Lampard, Salomon Kalou dan Ashley Cole masing-masing dengan satu gol.

Chelsea menjadi juara dengan Liga Inggeris musim ini dengan mengumpul 86 mata, satu mata lebih daripada Manchester United yang menduduki tangga kedua liga.

3 gol daripada Didier Drogba, telah menjadikan Drogba sebagai penjaring terbanyak musim ini dengan 29 gol menewaskan pesaingnya yang terdekat, Wayne Rooney yang menjaringkan sebanyak 26 gol.

Selepas memenangi Liga Perdana, Chelsea mempunyai satu lagi piala untuk dimenangi iaitu FA Cup dalam misi untuk melakarkan kejuaraan berganda. Chelsea akan menentang Portsmouth pada 15 Mei ini di Stadium Wembley. Confirm menang la. Double on the go !

Bawah ni antara aksi kemenangan bergaya 8-0 ke atas Wigan semalam.


Nicolas Anelka menjaringkan gol pertama Chelsea


Frank Lampard menjaringkan gol kedua untuk Chelsea dari melalui sepakan penalti


Salomon Kalou menjadikan kedudukan 3-0


Nicolas Anelka meraikan gol keduanya bersama Ashley Cole. Chelsea 4-0 Wigan


Didier Drogba menanduk bola ke dalam gol. Chelsea 5-0 Wigan


Jaringan dari sudut penalti oleh Drogba untuk gol ke-enam Chelsea


Drogba meraikan gol ke tiganya untuk gol ke tujuh Chelsea bersama rakan sepasukan


Ashley Cole dengan volley cantik. Chelsea 8-0 Wigan


Chelsea juara ! Manchester United loser ! Haha.


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti dengan trofi EPL

Saturday, April 17, 2010

Jersey Terbaru Chelsea Musim 2010/2011


Pengumuman kepada semua penyokong pasukan Chelsea ! Bahawasanya Chelsea telah mengeluarkan jersey terbaru mereka untuk musim 2010/2011. Mari usha !



Jersey terbaru ini menampilkan v-collar design yang berwarna putih dan sedikit warna merah. Tapi kenapa ada warna merah pulak ? Official color untuk Chelsea kan biru ? Penambahan warna merah ini adalah sempena tribute kepada 'The Pensioners', penyokong veteran Chelsea yang terkenal dengan kot merah mereka. Nak tahu lebih lanjut, klik sini.

Jersey ini akan dipakai untuk pertama kalinya pada 9 Mei ketika perlawanan menentang Wigan yang merupakan game terakhir Chelsea dalam EPL season ni. Bawah ni abang-abang Chelsea kita berposing maut dengan jersey terbaru mereka. Abang Drogba sungguh gagah perkasa !!








Harap season ni Chelsea dapat buat double, menang EPL dan FA Cup. Hidup Chelsea !!





P/S : Ada jersey Chelsea dari season 07/08. Tapi semua Downtown mari ! Haha.

Tuesday, April 13, 2010

Apabila Bintang EPL Melukis Muka Sendiri


Baru-baru ni, beberapa bintang dan pengurus EPL telah melukis diri mereka sendiri dan lukisan-lukisan itu akan dikumpulkan di dalam satu buku yang bertajuk 'The Art Of Football'. Seramai 40 pemain dan pengurus dari 20 kelab EPL seperti Wayne Rooney, Didier Drogba, Carlos Tevez, Carlo Ancelotti telah mengambil bahagian dan buku ini akan dilelong untuk tujuan amal.

Kita tahu yang diorang semua ni memang power main bola. Tapi power kah mereka melukis? Adakah tangan mereka selincah kaki mereka beraksi? Haha. Jom usha lukisan diorang !












Sumber : The Sun

Saturday, April 3, 2010

Chelsea Jinakkan Manchester United Di Kandang Sendiri




Manchester United KALAH. Satu berita yang gembira bagi penyokong Chelsea dan para pembenci Manchester United di luar sana. Haha.

Syaitan Merah kalah 1-2 di tempat sendiri dengan Joe Cole dan Didier Drogba untuk Chelsea, manakala Federico Macheda penjaring tunggal untuk Manchester United. Manchester kelihatan seperti 'mati pucuk' tanpa Wayne Rooney. Sekarang Chelsea berada di atas takhta liga dengan kelebihan 2 mata. AKU SUKA MANCHESTER UNITED KALAHHH !!!

Wednesday, March 3, 2010

Bola Tackle Kaki !


Peminat EPL terutamannya penyokong Arsenal mesti dah tahu pasal kecederaan yang dilalami oleh pemain muda Arsenal, Aaron Ramsey ketika perlawanan antara Arsenal vs Stoke City. Aaron Ramsey telah diterjah teruk oleh defender Stoke City, Ryan Shawross. Dilaporkan Aaron Ramsey mengalami kecedaraan patah kaki dan kemungkinan kecederaan lutut.

Insiden ni mengingatkan aku tentang injury yang dialami ole seorang pemain ni. Tapi sebab injury player ni lain daripada lain sikit. Bukan kaki dia kena tackle dengan player, tapi kaki dia kena tackle dengan bola. Huh? Bola? Betul. Bola.

Player itu adalah Alan Smith. Jom tengok video bola tackle kaki.





Masa tu Alan Smith masih bermain untuk Manchester United. Game Manchester United vs Liverpool. Alan Smith dengan beraninya menahan free kick John Arne Riise. Dari video atas, korang bole nampak kaki Alan Smith dan lembik semacam lepas block free kick Riise. Memang rembat habis free kick mamat ni. Alan Smith pula patah kaki kiri dan dislocate ankle dia. Dia tak dapat bermain selama 7 bulan lepas tu. LOL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...