
Seorang pemandu hampir mati sia-sia selepas kereta yang di-reversenya melanggar dinding bangunan Bank of America di Oklahoma yang setinggi 7 tingkat di kawasan tempat letak kereta. Pemandu yang tidak ingin diketahui identitinya telah tersekat kakinya di antara pedal brek dan pedal minyak ketika ingin me-reversekan keretanya di Oklahoma.
Mercedes C-class putihnya dengan laju memecut kebelakang dan kelajuan itu cukup untuk menghancurkan dan menembusi dinding bangunan bank itu. Nasib baik kereta itu berhenti dan boot keretanya terkeluar menembusi dinding bangunan. Tiada siapa yang tercedera dalam insiden ni termasuk pemandunya. Cuma Mercedes je tak selamat.


Moral of the story ? Belilah kereta Mercedes sebab body kereta ni memang kuat dan keras. Dinding batu pun boleh pecah kalau langgar. Kalau accident mungkin tak mati. Kot.
Sumber : Daily Mail