
Pasukan
Sepanyol yang akan memenangi
FIFA World Cup 2010 kali ini. Sepanyol akan bertemu
Brazil pada final dan memenangi perlawanan itu
3-1. Tapi semua ini adalah mengikut simulasi yang telah dilakukan oleh
the official 2010 FIFA World Cup video game keluaran
EA Sports. Simulasi ini dijalankan mengikut keadaan yang sama yang akan dialami oleh kesemua 32 pasukan yang menyertai Piala Dunia kali ini.
Pada perlawanan final tersebut, Brazil terlebih dahulu menjaringkan gol hasil jaringan
Felipe Melo pada minit ke-30. Namun,
David Villa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.
Pada separuh masa kedua pula, kedudukan menjadi 2-1 apabila
David Villa mejaringkan gol keduanya dalam perlawanan pada minit ke-61. Menjelang akhir perlawanan,
Cesc Fabregas mejaringkan gol ketiga buat Sepanyol pada minit ke-88. Keputusan akhir perlawanan, Sepanyol 3-1 Brazil dan Piala Dunia milik Sepanyol.
Antara keputusan lain adalah
tempat ketiga dimenangi oleh
England selepas dikalahkan oleh Brazil menerusi sepakan penalti. Englang memenangi tempat ketiga dengan menewaskan Argentina 2-1.
Kasut Emas pula dimenangi oleh David Villa dari Sepanyol dengan 7 gol.



Sumber :
ShacknewsP/S : Aku pun pilih Sepanyol jugak menang World Cup. Hehe. Korang ?