Friday, March 5, 2010

John Terry vs Wayne Bridge


Mungkin semua dah tahu pasal skandal John Terry ni. Dia telah menjalinkan hubungan terlarang bersama seorang wanita yang merupakan bekas teman wanita kepada bekas rakan sepasukannya ketika di Chelsea, Wayne Bridge.

Disebabkan skandal ni, John Terry telah dilucutkan dari menjadi kapten pasukan kebangsaan England. Wayne Bridge pula menarik diri dari menyertai pasukan England untuk kempen Piala Dunia yang akan datang.

Hari Sabtu lepas, game Chelsea vs Manchester City agak menarik kerana game ni menemukan Terry dan Bridge buat pertama kalinya selepas skandal mereka terbongkar. Lagi menarik, semasa sesi bersalam antara pemain sebelum game, Bridge bersalaman dengan semua player Chelsea dan apabila giliran Terry, Bridge buat dek je dan terus salam dengan player lain. Haha. Final score, Chelsea 2-4 Manchester City.

Ada beberapa gambar menarik diambil diantara Terry dan Bridge semasa game tu. Pandai photographer ni tangkap. =P Mari lihat gambar !!




Scene main salam acah-acah.





Tak puas hati tengok gambar? Video pun ada. Haha.

video

p/s : Apa-apa pun, Premier League dan Champions League Chelsea punya ! Haha.

3 comments:

Umar_Lampard said...

scene paling mengujakan aku,hahaha
terry is cool but bridge is bongok sombong

-http://kampungchelsea.blogspot.com-

shafiq08 said...

Apa-apa pun, Chelsea akan sapu semua piala !Haha.

Suhaizal said...

hAHhahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...