Monday, May 31, 2010

Tutorial Membuat Kit Kat Yang Besar Gedabak


Suka makan Kit Kat ? Rasa hidup tak bermakna jika tak makan Kit Kat sehari ? Inilah jalan penyelesaiannya kepada masalah anda. Ambik kau sekali besar makan ! Haha.

1)

2)


3)




4)



Saturday, May 29, 2010

Gambar Hayley Williams's Paramore Topless (18SX)




Kesian awek pujaan aku sorang ni. Gambar Hayley Williams dari kumpulan Paramore dalam keadaan separuh bogel telah tersebar di Internet apabila akaun Twitter nya telah di hack. Gambar itu menunjukkan Hayley yang sedang berbaring sambil 'camwhoring' dan buah dadanya turut kelihatan sekali.

Hayley yang telah ter-tweet gambar itu ke akaun Twitter nya pada malam Khamis lepas telah tersebar kepada 600,000 followernya, termasuk aku. Hehe. Selepas membuang gambar itu, Hayley tweet di Twitter nya, "Well ... my night just changed drastically. Got hacked."

Sehingga kini, Hayley belum lagi membuat official statement dan further comment tentang insiden ini dan jurucakap kumpulan Paramore tidak berjaya di hubungi.







P/S : Minta maaf jika entry ini agak lucah, seksi atau offended. For Hayley, why you put on Twitter? Instant fame? You are famous enough i guess. I like your band and songs. Please don't do this.

Tuesday, May 25, 2010

Sekuel Tebaru Iron Man, Ironing Man !


Ini baru Iron Man !



Lepas tengok trailer ni, aku rasa ini lah filem Iron Man yang sepatutnya ditayangkan, bukan Iron Man 2. Too bad, ni fake trailer je. Trailer ni trailer parody untuk filem Iron Man pertama. Cuba korang tengok balik trailer lama.



Ironing Man !

Saturday, May 22, 2010

Hollywood Ada, Malaywood Pun Nak Ada


Sekarang ni macam-macam cerita, filem, game show, reality tv dan lain-lain rancangan lagi dah ada di Malaysia ni. Akademi Fantasia, Sehati Berdansa dan malas nak sebut lagi la.

Tapi korang perasan tak yang rancangan-rancangan hiburan di Malaysia kebanyakannya ada iras-iras atau sebijik la macam rancangan-rancangan hiburan kat Hollywood. Bawah ni antara rancangan Malaywood yang aku rasa mungkin diciplak dari Hollywood.

Dancing With The Stars dan Sehati Berdansa


Dua-dua jemput selebriti menari. Tapi bezanya Sehati Berdansa untuk married couple, Dancing With The Stars menari dengan bukan muhrim. Haha.

Whose Line Is It Anyway? dan Spontan


Whose Line Is It Anyway? ni dulu pernah tayang kat ntv7. Selalu aku layan. Kelakar jugak. Tapi Spontan lagi kelakar nak mampus. Lagi-lagi kalau ada arwah Din Beramboi. We miss you Din Beramboi.

Glee dan Hotel Mania


Dua-dua show ni baru lagi dan merupakan drama muzikal. Kira macam ala-ala High School Musical la. Cerita kejap, lepas tu menyanyi.

Fast And Furious dan lain-lain filem kereta lumba


Kalau takde filem Fast and Furious ni takde la filem lumba kereta dekat Malaysia ni. Tengok je la filem Mat Rempit. Haha. Jalan cerita sama je. Bawak kereta laju-laju lepas tu ada orang jahat tak puas hati. Tak pun orang jahat tu sindiket dadah.

Punk'd dan Bang Bang Boom


Dua-dua show pasal nak kenakan selebriti. Tapi Punk'd lagi ganas dan gila prank dia. Memang geliga otak Ashton Kutcher.




p/s : If there are others shows that you think I missed, add them in the comments.

Thursday, May 20, 2010

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Chelsea Musim 09/10 Ini


Semua mungkin dah tahu bahawa Chelsea telah memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim ini dan baru-baru ni juga telah memenangi FA Cup. So, in tribute to my favourite football club, here's 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Chelsea Musim 09/10 Ini.

1) Chelsea telah memenangi Liga Inggeris buat pertama kali dalam 4 tahun selepas pemergian Jose Mourinho



2) Penyerang Chelsea, Didier Drogba telah memenangi anugerah Kasut Emas pada musim ini dengan 29 gol.



3) Penjaga gol Chelsea, Petr Cech telah memenangi anugerah Sarung Tangan Emas musim ini dengan merekodkan 17 clean sheet.



4) Midfielder Chelsea, Frank Lampard telah menjaringkan lebih 20 gol untuk 5 musim berturut-turut.



5) Chelsea telah menewaskan semua pasukan 'Big Four' iaitu Manchester United, Liverpool dan Arsenal di gelanggang sendiri dan juga gelanggan lawan.



6) Chelsea adalah pasukan pertama yang menjaringkan lebih 100 gol dalam satu musim dalam Liga Perdana

7) Carlo Ancelotti adalah pengurus berbangsa Itali yang pertama yang telah memenangi Liga Perdana



8) Sebelum Carlo Ancelotti dilantik menjadi pengurus musim ini, Chelsea telah bertukar pengurus sebanyak 3 kali selepas pemergian Jose Mourinho. Antara pengurus mereka adalah Avram Grant, Felipe Scolari dan Guss Hiddink.



9) Chelsea telah menjaringkan 7 gol menentang 4 pasukan iaitu Sunderland (7-2), Aston Villa (7-1), Stoke City (7-0) dan Wigan (8-0).

10) Dengan FA Cup yang telah dimenangi baru-baru ini, Chelsea telah mencipta sejarah kelab iaitu dengan buat pertama kalinya memenangi kejuaraan berganda dalam satu musim.

Siri CSI Manakah Yang Anda Minat ?


Siapa suka tengok CSI ? Tak kesah la CSI Las Vegas ke, CSI Miami or CSI New York. Siapa layan CSI, we're on the same team. Haha.

CSI stands for Crime Scene Investigation. Dulu mula-mula tengok CSI dekat ntv7. CSI Crime Scene Investigation. Dulu CSI best sebab banyak kes-kes yang 18SX. Sex scandal, orang mati masa parti buih, stripper mati dan macam-macam lagi la. Hehe. Since then, aku dah mula layan CSI. Lepas tu muncul la CSI Miami dan latest, CSI NY. Tapi dalam banyak-banyak CSI mana yang korang layan dan rasa paling best sekali ?

CSI: Crime Scene Investigation (a.k.a CSI: Las Vegas)



Bapak kepada siri-siri CSI yang lain. Sampai sekarang dah ada 10 season. Tapi season latest sekarang Dr. Gil Grissom dah takde. Ganti dengan Dr. Raymond Langston. Tak best sangat la dia ni. Tapi CSI ni still lagi awesome. Banyak benda aku tahu dan belajar pasal penjenayah dengan Grissom ni. Thanks Grissom. Haha. Aku rasa season paling best masa season pasal 'The Miniature Killer'.


The brilliant Gil Grissom


CSI : Miami



Ketua CSI ni paling stylo. Leftenan Horatio Caine. Trademark dia cakap dengan nada yang slow lagi macho sambil pakai spek hitam dia. Stylo habis. CSI Miami jugak adalah CSI yang mempunyai anggota perempuan yang hot. Officer Calleigh Duquesne dan Officer Natalia Boa Vista. Di tambah lagi cerita ni dekat Miami, memang cuci mata la tengok bikini babes. Hehe. Aku sekarang ni tengah cuti memang tiap-tiap petang layan CSI Miami dekat AXN.


The coolest and macho-est guy on the planet


The chicks


CSI : New York



Tak banyak aku boleh cerita pasal CSI ni. Aku tak layan sangat. Tengok pun tak kot. Banyak sangat CSI nak layan. Pening aku. Haha.



So, siri CSI favourite aku adalah CSI Miami. Ada ketua yang stylo, hot chicks dan masih mengekalkan pelakon-pelakon lama. Korang macam mana pulak?

Wednesday, May 19, 2010

Ini Budak Lelaki Suara Macam Lady Gaga


Serius sebijik ! Nama budak ni Greyson Michael Chance, berumur 13 tahun. Baru-baru ni dia telah menjadi popular di YouTube apabila dia post kan video dia menyanyikan lagu 'Paparazzi' nyanyian Lady Gaga. Kira nak jadi macam Justin Bieber la ni.

Yang menariknya, dia menyanyikan lagu Paparazzi ni sebijik suara macam Lady Gaga. Video nyanyian dia di YouTube telah ditonton hampir 18 juta. Dan baru-baru ni dia dapat perform nyanyian dia di The Ellen DeGeneres Show dan Lady Gaga sendiri call dia masa show tu. Tak pasal-pasal je famous. Haha.



Greyson di The Ellen Degeneres Show







P/S : Aku ada jugak post video dekat YouTube tapi tak popular pun. Huhu.

Perkahwinan Tema Ala Filem Shrek !




This is what we call dream wedding ! Haha. Bagi pasangan Tracey dan Viv Williams, perkahwinan tema ala filem Shrek adalah impian mereka. Dan untuk merealisasikan 'impian' mereka, pasangan ini telah berpakaian dan bersolek seperti Shrek dan Princess Fiona di hari perkahwinan mereka.

Menurut pasangan ini, mereka telah pergi menonton filem Shrek pada temu janji mereka yang pertama dan rakan-rakan mereka telah mengusik mereka dengan berkata mereka menyerupai pasangan ogre hijau itu.

Perkahwinan unik ini diadakan di Bridgend, South Wales. Jemputan yang hadir pada perkahwinan ini juga berpakaian seperti karakter dalam filem Shrek. Ayah Tracy telah menjadi Lord Farquaad, ibunya pula menjadi Fairy Godmother. Best man dan maid of honour pula menjadi Monsieur Hood dan Snow White.




Sumber : Daily Mail



P/S : Okay jugak kahwin macam ni, simple. Dari kahwin sampai berjuta-juta, last-last tak sampai setahun bercerai.

Tuesday, May 18, 2010

Rima Fakih - Wanita Islam Pertama Menjadi Miss USA




Miss USA 2010 ini bernama Rima Fakih, seorang imigran Lubnan yang berusia 24 tahun. This hot brunette berasal dari Dearborn, Michigan merupakan wanita Islam pertama yang memenangi pertandingan ratu cantik Amerika ini.

Dilahirkan di Lubnan, Rima Fakih telah berpindah ke Amerika ketika masih lagi bayi. Dia telah dibesarkan di New York dan bersekolah di sekolah Katolik.

Rima Fakih mengalahkan 50 wanita cantik yang lain dan memenangi gelaran Miss USA 2010. Di dalam pertandingan ratu cantik itu, dia telah memberitahu juri bahawa keluarganya berpegang kepada ajaran Islam dan juga Kristian dan lebih selesa di gelar Arab-American.

Rima Fakih mungkin adalah wanita Islam pertama yang menjadi Miss USA kerana pihak penganjur sendiri tidak mempunyai rekod sebelum ini jika ada wanita Arab-American, Islam ataupun imigran yang lain pernah memenangi gelaran ini.

Tapi selepas beberapa jam Rima Fakih dinobatkan sebagai Miss USA, beberapa keping gambar menunjukkan dia menyertai pertandingan 'pole dancing' pada 2007 tersebar di Internet. Yang menariknya dia telah memenangi pertandingan itu. Aku tak nak post gambar tu kat sini. Aku dah tengok dah. Korang carik la sendiri. Hehe.








Sumber : Daily Mail


P/S : Boleh pulak macam ni kan ? Haha.

Monday, May 17, 2010

Another Awards For Me


Dah lama update tak Belog Bagus ni. Last update pun hari Khamis lepas. (Macam la lama sangat) Busy sikit la nak semenjak dua menjak ni. Yela, cari rezeki nak bagi anak bini makan. Haha.

Dalam lama tak update ni, Belog Bagus dapat award lagi. Kali ni sekali lima dapat. Muahaha ! Pemberi award tersebut ialah Miss Roxyzai, Miss Honey Amour, Miss Glam, Miss Aisya dan Mr. Wanes. Terima kasih kepada blogger-blogger di atas. Really appreciate it !

Bombastic Blog Award dari Miss Roxyzai



Beautiful Blog Award dari Miss Honey Amour dan Mr. Wanes



Nice Bloggers Award dari Miss Glam dan Miss Aisya




Sekali lagi diucapkan kepada pemberi-pemberi award ini. Tanpa anda undi anda semua, siapa lah saya. Jangan lupa AFUNDI Adira ya !! Haha.

Thursday, May 13, 2010

Fakta Tentang Sperma !


Aku terjumpa benda yang agak menarik di Internet untuk dikongsikan bersama dengan kaum Adam. Facts about yout sperm dude ! Untuk kaum Hawa yang ingin juga baca, it's okay. Ini semua ilmu. Huhu. Mari baca !

The Scoop on Semen
Sumber : Online Schools



P/S : Pesanan untuk kaum Adam, jangan 'bazirkan' sperma anda.

Wednesday, May 12, 2010

Remaja 17 Tahun Di Dalam Tubuh Bayi


Brooke Greenberg, seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun. Namun umurnya itu tak menggambarkan ciri fizikalnya remaja normal kerana dia masih lagi bayi.


Brooke, 16, dan adik perempuannya, Carly, 13 tahun.

Brooke Greenberg merupakan satu-satunya manusia di dunia ini yang menghidapi penyakit Syndrome X iaitu penyakit yang menyebabkan pembesarannya terhenti dan kekal dalam fizikal seorang bayi.

Sehingga sekarang, dia hanya mempunyai ketinggian setinggi 30 inci, seberat 16 paun dan memerlukan penjagaan yang rapi seperti seorang bayi. Walaupun Brooke mempunyai fizikal seperti bayi, tapi dia mempunyai tulang seperti budak berusia 10 tahun dan usia mentalnya hanya mencecah 9 bulan ke 1 tahun.

Tahap kesihatan Brooke juga agak lemah dan sering diserang penyakit seperti strok, sawan dan ulcer. Doktor pakar tak dapat menjangka berapa lama lagi dia boleh hidup. Dengan masalah kesihatannya, dia mungkin tidak mencecah umur 50 tahun.


Brooke dan keluarga



Sumber : The Sun


P/S : Korang dah tengok filem 'The Curious Case Of Benjamin Button' ? Mungkin takde kena mengena dengan artikel di atas tapi aku baca bila jumpa artikel ni teringat pasal filem tu. Aku syorkan korang tengok.

Monday, May 10, 2010

Filem Indonesia Lakonan Maria Ozawa




Siapa kenal Maria Ozawa ? Aku tak kenal. (sambil buat muka tak tahu) Hehe. Mungkin ada yang kenal dengan 'mendalam' Maria Ozawa ni dan mungkin ada yang masih samar-samar dengan nama ni. Nak tahu siapakah gerangan wanita ini, silalah Google. Haha.

Okay, aku cerita sikit la pasal Maria Ozawa ni. Maria Ozawa ni adalah seorang pelakon filem lucah yang terkenal di Jepun dan mungkin serata dunia. Okay dah. Pada tahun lepas Maria Ozawa telah membintangi satu filem Indonesia yang bertajuk 'Menculik Miyabi'. Filem ni mendapat protes dan tentangan hebat daripada pelbagai pihak termasuk para ulama di Indonesia. Walaupun demikian, filem ini berjaya disiapkan dan telah ditayangkan di Indonesian pada 6 Mei lepas.

Bawah ni aku sajikan trailer filem Menculik Miyabi special untuk korang. Haha.




P/S : Miyabi adalah nama gelaran Maria Ozawa di Jepun. (wah, macam kenal dengan mendalam je)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...