Saturday, May 22, 2010

Hollywood Ada, Malaywood Pun Nak Ada


Sekarang ni macam-macam cerita, filem, game show, reality tv dan lain-lain rancangan lagi dah ada di Malaysia ni. Akademi Fantasia, Sehati Berdansa dan malas nak sebut lagi la.

Tapi korang perasan tak yang rancangan-rancangan hiburan di Malaysia kebanyakannya ada iras-iras atau sebijik la macam rancangan-rancangan hiburan kat Hollywood. Bawah ni antara rancangan Malaywood yang aku rasa mungkin diciplak dari Hollywood.

Dancing With The Stars dan Sehati Berdansa


Dua-dua jemput selebriti menari. Tapi bezanya Sehati Berdansa untuk married couple, Dancing With The Stars menari dengan bukan muhrim. Haha.

Whose Line Is It Anyway? dan Spontan


Whose Line Is It Anyway? ni dulu pernah tayang kat ntv7. Selalu aku layan. Kelakar jugak. Tapi Spontan lagi kelakar nak mampus. Lagi-lagi kalau ada arwah Din Beramboi. We miss you Din Beramboi.

Glee dan Hotel Mania


Dua-dua show ni baru lagi dan merupakan drama muzikal. Kira macam ala-ala High School Musical la. Cerita kejap, lepas tu menyanyi.

Fast And Furious dan lain-lain filem kereta lumba


Kalau takde filem Fast and Furious ni takde la filem lumba kereta dekat Malaysia ni. Tengok je la filem Mat Rempit. Haha. Jalan cerita sama je. Bawak kereta laju-laju lepas tu ada orang jahat tak puas hati. Tak pun orang jahat tu sindiket dadah.

Punk'd dan Bang Bang Boom


Dua-dua show pasal nak kenakan selebriti. Tapi Punk'd lagi ganas dan gila prank dia. Memang geliga otak Ashton Kutcher.




p/s : If there are others shows that you think I missed, add them in the comments.

12 comments:

nas said...

pendapat saye,banyak hiburan di malaysia terutamanya yg diadaptasi dari luar mmg xbaik....kalau mcm cerita spontan tu ok la...

AiZ said...

macam-macam yg diorang tiru... tak pernah nak ada idea sendiri yang boleh dibanggakan...

Sharinginfoz said...

macam2 ada sekarang ni kan

Jom Pizza Tesco

faye said...

hai marilah join giveaway ni:

http://fasham87.blogspot.com/2010/05/1st-giveaway-of-fasham87-blog.html

Anzur Anuar said...

ha.. kantoi.. ahahha..

iqbalsyarie said...

first time dengar malaywood..haha

LOmpat TiKam said...

biasa laa kes tiru2 ni... tapi kalo best, layann je laaa. .. huhu... :p

AROL DSHW said...

ha'ah erk.
baru perasan. haha :D
byk juga Malaysia tiru hollywood.

hanie@nisya said...

memang banyak ciplak hollywood

Nazry Iskandar said...

kadang-kadang nak kaut untung cepat. nak rating tinggi.

yaTy ♥ said...

a'ah lar..
lbh kurang je sume tue..
tapi spontan tue mmg terbaik lar..
punk'd tue mmg terbaik lar kenakan selebriti diorang..

Jimi Munchen said...

Iqbal,

Malaywood tuh dh start pakai sejak 2005 kalau tak silap. Tak caya cuba google Malaywood.

Pagi tadi dgr ERA.fm pun diaorg ada guna tern malaywood.

check kat berita harian online pun ader guna term malaywood.

Kat facebook ada Malaywood fan page. Just click like and join.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...