Wednesday, May 5, 2010

Battle Of The Drama - Adamaya VS Asmaradana


Siapa tengok Adamaya? Saya! Siapa tengok Asmaradana? Saya juga! Haha. Aku masa cuti ni memang layan la dua drama ni kat TV3. Tak tau nak tengok cerita apa kan. Huhu. Adamaya petang, Asmaradana malam. Ramai jugak yang layan dua drama ni. Tapi antara dua drama ni mana satu yang terbaik? Lisa Surihani atau Tiz Zaqyah? Haha.

The Plot



Adamaya mengisahkan tentang Adam dan Maya dan berkahwin mengikut kehendak ibu bapa masing-masing. Maya terlebih dahulu sudah mempunyai kekasih, Dani. Setelah berkahwin, bibit-bibit percintaan mula timbul antara Dani dan Maya. Mereka juga telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel, Amani. Namun, bekas kekasih Maya, Dani masih tidak dapat melupakan Maya dan cuba untuk merampas Maya dari Adam.



Asmaradana pula mengisahkan tentang Azizah yang merupakan anak kepada wanita biasa yang berkahwin dengan lelaki yang berketurunan raja. Selepas ibu dan bapa Azizah meninggal dunia, tinggal Azizah seorang diri dan dia dilayan seperti orang gaji di dalam keluarga itu. Azizah bercinta dengan Amran semasa di kolej tetapi akhirnya terpaksa berkahwin dengan Tengku Faris. Bertahun sudah berlalu Amran masih lagi mencintai Azizah dan dia ingin menghancurkan keluarga yang memisahkan dia dan Azizah.


The Chicks



Dalam Adamaya, the chick is Lisa Surihani. Dia melakonkan watak Maya yang terpaksa berkahwin dengan Adam atas kehendak keluarga. Bagi aku lakonan dia tak la mantap sangat. Kadang-kadang tu tergelak jugak aku tengok lakonan dia. Nasib baik dia cute. BTW, korang perasan tak dia pelat huruf R. Haha.



Dalam Asmaradana pulak, Tiz Zaqyah heroinnya yang melakonkan watak Azizah. Dulu pakai tudung, sekarang tak pakai tudung. Lagi lawa tak pakai tudung. Hehe. Lakonan memang terbaik. Kalau ada scene menangis memang nampak macam real. Aku pun boleh feel. Haha.


The Dudes



Sein Ruffedge melakonkan watak utama lelaki, Adam dalam drama Adamaya. Tak tahu pulak aku dia ni boleh berlakon. Penonton-penonton wanita luar sana confirm ramai minat dia la. Ye la, dia dah la putih, hensem, muka jambu lak tu. Huhu.



Dalam Adamaya, brader sempit kita jadi hero. Sam Shaheizy. Dia melakonkan watak Amran. Siapa tak kenal Sam ni. Lakonan dia memang terbaik la. Scene serius, sedih, gila, semua jadi. Memang layak digelar 'Johnny Depp Malaysia'


The Winner

Asmaradana! Bagi aku drama ni lagi bagus dari Adamaya. Walaupun Lisa Surihani cute, bibir Tiz Zaqyah lebih menawan hatiku. Haha. Drama Adamaya nampak macam ringan sangat. Boleh agak apa yang berlaku dalam drama ni. Asmaradana pulak drama yang agak berat sedikit. Ditambah lagi dengan lakonan mantap Tiz dan Sam, dan lagu Tak Bisa Memilihmu, Asmaradana is the true winner here.

16 comments:

Unknown said...

tp cm bosan je asmaradana pnye jalan cite
x abes2 dengan dengki, kekayaan.
huhuhuh typical cite melayu =D
my opinion la =D

Aliesha Kirana said...

setuju..hehe... lisa tu mmg kaku skit kalu blakon..tp xpe la..die lawa..rmai minat... hehe.. sein tu dh kwen...so melepas la sape yg minat kt dia..ahaha... tp aku ske shaheizy n die blom kwen..so ade chance..wakaka~~

said...

tak tgk citer ni

hadoi...1 kerugian...nak kena tgk dalam tv3.com.my nih....


thanks bro...singgah di belog dak gebu hehe

s said...

sy suke sein and sam. due2 comel. lisa and tiz jugak. mesti tersenyum sorg2 je sy kalu tgk drama neh. gile ah!

N said...

ske tgok adamaya lebey dr asramadana..tp sy tertengok last asmaradana mlm td..hahaha

Unknown said...

huhuhhu suka ADAMAYA..ADAMAYA..koz die kesinambungan im nut single...i lyke....

kacang said...

adamaya lagi besh dari asmaradana.
=)

LINA JALIL said...

lina suke dua2

cujern said...

saya pilih lisa dan sein dan sam.. tiz?? tak minat.. tapi, sebenarnay dua2 drama ni sy tak tengok..huhuhu

fikah mus said...

asmaradana,sudah pasti.
walaupun jalan cerita nampak klise, tapi cara pengarah menggarap tu yang buat saya melekat depan tv tengok cerita ni.
lakonan pun mantap.

Keyyah said...

sy suka adammaya..sbb lg santai kot...

Noor said...

2 2 xtgk

sbb xde tv kt sini

huwaaaa....

bertahan seminggu je lg

pastu tamatlah zaman studentku

hehehe

"ana" Muslimah ♥ said...

salam..
i choose adamaya ! :)

p/s ; sy xsuka tngok wyang.., tp lau drama.. okie aja ! :)
wassalam..

syaz said...

sokong fikah mus. absolutely asmaradana la. :)

shaffique said...

ramai lagi suka adamaya dari asmaradana la sini.. takpe, tiz zaqyah tetap menjadi pujaan hatiku..haha.. ;)

eNaSaN said...

alayaN adamaya...............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...