Tuesday, August 16, 2011

Poster Hero-Hero Marvel Versi Minimalis


Sekarang ni sudah jadi trend di Hollywood membuat filem yang diadaptasikan dari komik superhero. Marvel merupakan syarikat komik yang banyak 'melahirkan' superhero-superhero yang terkenal seperti Iron Man, Captain America, Thor dan banyak lagi.

Di bawah ini adalah poster hero-hero dari Marvel Comic versi minimalis karya Marko Manev. Simple yet creative! BTW, aku tak sabar nak tengok filem The Avengers yang menggabungkan Thor, Iron Man, Captain America dan Hulk tahun depan.





Wednesday, August 3, 2011

Jika Harry Potter Adalah Filem Komedi Romantik Remaja


Kisah cinta ahli sihir remaja di Hogwarts. Haha.

Tuesday, August 2, 2011

Soalan 'Why' Yang Sering Ditanya Di Google Mengikut Negara


Kalau nak cari jalan, guna Google Maps. Kalau nak alih bahasa, guna Google Translate. Kalau nak tahu sesuatu benda, Google sahaja. Itulah penyelesaian paling mudah zaman sekarang. Haha.

Dibawah ni adalah antara soalan 'Why' yang sering ditanya di Google mengikut negara. Yang paling tak tahan Malaysia. 'Why are men attracted to breasts'. LOL.

1) Australia

2) Canada


3) Germany


Monday, August 1, 2011

Patung Bayi Watak Filem Harry Potter


Agak-agaknya macam mana rupa watak-watak dalam filem Harry Potter semasa mereka masih bayi ye. Ada macam ni ke? Haha.

Harry Potter

Hermione Granger


Ron Weasley


Saturday, July 9, 2011

Takabisha, Roller Coaster Tercuram Di Dunia


Roller coaster. Tiada ramai yang berani mencubanya. Hanya yang mempunyai keberanian yang jitu sahaja mampu menaikinya. Kalau roller coaster dekat Genting Highland tu pun takut nak naik, apatah lagi roller coaster tercuram di dunia.

Takabisha, roller coaster di Taman Hiburan Fuji-Q Highland, diberikan gelaran roller coaster yang tercuram di dunia oleh Guinness Book of World Records. Takabisha mempunyai ketinggian setinggi 144 kaki dan kecuraman sebanyak 120 darjah. Roller coaster ini juga mempunyai litar sepanjang 2 batu dan satu pusingan penuh mengambil masa selama 122 saat. Kelajuannya pula mampu mencecah selaju 100 kilometer per jam dan kos pembinaannya adalah sebanyak $23 juta pound.

Amacam? Ada berani? Aku tak berani. Haha.






Sumber : Daily Mail

Friday, July 8, 2011

Perkara Yang Tak Pernah Terjadi Dalam Hidup, Hanya Dalam Filem


Aku ni boleh dikategorikan seorang kaki filem. Kalau ada cerita best, mesti pergi tengok wayang. Kalau ada cerita best, tapi takde duit, download sahaja.

Sebagai pemerhati filem amatur, aku dapat perhati bahawa terdapat beberapa babak stereotaip yang selalu ada dalam mana-mana filem. Tapi itu semua dalam filem. Kalau dalam realiti aku yakin tak pernah berlaku. Siapa yang pernah terjadi benda ni dekat diri dia, aku memang salute. Here's the list.

1)

2)

3)

Thursday, July 7, 2011

Natsumi Hayashi, Gadis Jepun Yang Terapung


Natsumi Hayashi, seorang jurugambar dari Jepun mempunyai kebolehan untuk terapung. Tapi ianya hanya di dalam gambar. Dengan menggunakan kamera Canon EOS 5D Mark II, Natsumi sering menangkap gambarnya seperti terapung di udara.

Menurut Natsumi, untuk menangkap gambar terapung amat sukar kerana beliau perlu kelihatan seperti tidak melompat. Jadi, beliau perlu mengawal ekspresi muka pergerakan badan. Ianya perlu kelihatan seperti masa diberhentikan. Kadang kala beliau melompat sebanyak 300 kali untuk mendapatkan shot yang cantik.

FYI, Natsumi juga mempunyai website di mana beliau meyimpan koleksi gambar-gambar terapungnya. Untuk gambar yang lagi kawaiii, sila layari YOWAYOWACAMERA.COM






Monday, June 27, 2011

Perbezaan Sniper Sebenar Dengan Sniper Video Game


Sama tapi tak serupa. Haha.

Tuesday, June 21, 2011

Apabila Kepala Anak Tukar Ke Badan Ibu Bapa


Pernah tengok filem Little Man? Ala, filem komedi Hollywood tentang pencuri yang dah berumur 20-an tetapi mempunyai badan macam bayi. Agak-agak korang, comel ke creepy jika ada orang dewasa berbadan bayi dan bayi berbadan orang dewasa?

Di bawah ini adalah hasil kerja dari jurugambar Paul Rikpe. Beliau menangkap gambar ibu bapa bersama anak mereka dan kemudian menukar kepala si anak ke badan si ibu atau bapa. Amacam, comel ke tak? Haha.




Saturday, June 18, 2011

Logo Jenama Popular Yang Terbalik


Kalau kita tengok logo yang tulisan berwarna putih dan background biru, dengan pantas kita boleh tahu itu adalah logo Facebook. Tapi bila tengok dengan teliti, itu adalah logo pesaing Facebook, iaitu Twitter.

Inilah idea dari pereka logo, Graham Smith yang mereka logo jenama-jenama yang popular dengan menukar logo asal kepada logo pesaing terdekat mereka. Kreatif dan memang bikin panasss ! Haha.







Sumber : Buzzbrewery

Tuesday, May 31, 2011

Poster Filem Popular Versi Orang Lidi


Aku yakin semua umat manusia di dunia ni tahu lukis orang lidi. Ia adalah benda paling senang sekali. Kalau masa exam Pendidikan Seni darjah 1, paling koman kalau lukis orang lidi pun boleh dapat markah 80%.

Di bawah ini adalah iklan dari syarikat penyiaran Chilean DirecTV. Slogan iklan ini adalah "Keep a better memory from your movies." Memang la senang nak ingat kalau guna orang lidi je. Haha.

Titanic


300



Harry Potter



Jaws



Star Wars 5 : Empire Strikes Back


Sumber : Ads Of The World

Monday, May 30, 2011

Ahli Bina Badan Wanita Tertua Di Dunia


Dia mungkin tua dan seorang nenek, tapi bukan sebarang nenek. Ernestine Shepherd, 74 tahun, dari Baltimore, Amerika, telah dinobatkan oleh Guinness Book of World Records sebagai ahli bina badan tertua di dunia.

Ernestine yang mempunyai seorang anak dan seorang cucu, mengamalkan diet yang ketat untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang berotot dan setiap hari, beliau akan berlari sekurang-kurangnya 10 batu. Beliau juga tidak menggunakan steroid dan apa-apa nutrisi tambahan.

Ernestine yang juga merupakan seorang guru kecergasan, menceburi arena bina badan pada umur 56 tahun Sepanjang 18 tahun penglibatannya dalam bidang bina badan, beliau telah menyertai 9 acara marathon dan memenangi 2 pertandingan bina badan. Menurut Ernerstine, idolanya adalah Sylvester Stallone. Hmmm, this is so not exactly your typical grandmother. Haha.




Sumber : Daily Mail

Saturday, May 28, 2011

Cermin Mata Hitam Censorship


Sekarang ni ada macam-macam fesyen cermin mata. Ada yang jenis hipster, yang bingkai besar, yang tiada cermin, yang berjaring-jaring dan macam fesyen lagi la. Rimas aku tengok. Haha.

Tapi semua cermin mata tu tak boleh lawan cermin mata hitam Censorship ni. Cermin mata dari Urban Outfitters ni menutup sebahagian besar mata dan membuatkan identiti si pemakai seperti di-censored. Kira macam korang ni macam penjenayah atau pelaku video lucah. Haha. Siapa nak satu boleh beli di sini dengan harga $12.



Sumber : Whatthecool

Friday, May 27, 2011

Kucing Tidur Mati Yang Comel


Memang tidur mati kucing ni. Tengok muka pun memang macam dah mati. Comel sangat sampai nak je aku cekik sampai mati. Haha.

Thursday, May 26, 2011

Bendera Negara Mengikut Makanan Popular


Setiap negara mempunyai makanan mereka tersendiri yang terkenal. Jika di Malaysia, kita terkenal dengan nasi lemak. Di Jepun pula, terkenal dengan sushi. Di bawah ini, adalah bendera negara yang direka mengikut makanan popular negara mereka.

Aku tak dapat nak teka semua jenis makanan. Yang aku tahu, Itali spaghetti, Sepanyol makaroni, dan Jepun sushi. Hmmm, macam mana ye rupa bendera Malaysia kalau buat macam ni? Haha.

Itali

Sepanyol


Perancis


Brazil


Tuesday, May 24, 2011

Pokemon Versi Minimalis


Aku minat Pokemon. You should see the pattern by now as aku banyak post entry pasal Pokemon. Di bawah ini adalah illustrasi Pokemon versi minimalis. Ianya adalah karya Natalie Al-Tahhan. Ada 5 gambar semuanya. Ni pun Pokemon yang basic. Kalau anda tak dapat teka, aku tak tahu nak cakap apa. Kesian. Haha.






Sumber : The Uniblog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...