Tuesday, November 30, 2010

Transformasi Harry, Ron Dan Hermione


Hari minggu lalu baru aku berkesempatan untuk menonton filem Harry Potter and the Deathly Hallows : Part 1. Aku memang ikut filem siri Harry Potter dari filem pertama lagi. Aku tak baca buku sebab aku ni jenis tak boleh baca buku yang banyak tulisan dan takde gambar. Haha.

Sepanjang 11 tahun dari tahun 2000, 7 filem Harry Potter telah dihasilkan. Dari tahun ke tahun juga, watak-watak dalam filem ni banyak berubah terutama Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Granger. So, in tribute to one of my favourite film franchise, jom usha perubahan Harry, Ron dan Hermione dari filem pertama hingga filem terbaru mereka.


Harry Potter And The Philsopher's Stone (2001)


Harry Potter And The Chamber Of Secrets (2002)


Harry Potter And The Prisoner Of Azkaban (2004)


Harry Potter And The Goblet Of Fire (2005)


Harry Potter And The Order Of The Pheonix (2007)


Harry Potter And The Half Blood Prince (2009)


Harry Potter And The Deathly Hallows : Part 1 (2010)


P/S : Emma Watson makin besar makin lawa. Serius lawa.

Sumber gambar : Fan Carpet

Saturday, November 27, 2010

Cairkan Batu Menggunakan Cahaya Matahari


Siapa dulu pernah cuba bakar sesuatu guna kanta pembesar makmal sekolah angkat tangan ! HAHA. Konsep video ni sama macam eksperimen gagal korang dulu buat tapi lebih berteknologi tinggi.

Dengan memfokuskan cahaya matahari pada satu tempat, kepanasan cahaya matahari mampu mencairkan batu malahan apa-apa objek di dunia ni. Bak orang kata, "Baru panas dunia, belum panas neraka"



Sumber : Gizmodo

Friday, November 26, 2010

Kasut Adidas Superstars Facebook Dan Twitter


Serius nak satu ! Kasut ini adalah rekaan konsep dari Gerry Mckay untuk Adidas Superstars. Ianya diilhamkan dari laman sosial yang popular sekarang iaitu Facebook dan Twitter.

Hmmm... Myspace dengan Friendster mana ? HAHA.




Sumber : Ufunk

Thursday, November 25, 2010

Tension ? Marah ? Tumbuklah Panda Ini


Nate Hill, seorang performance artist, menyediakan satu public service untuk penduduk di New York iaitu 'Punch Me Panda'. Dengan memakai costum panda yang dilengkapi dengan chest protector, Nate menawarkan orang ramai untuk menumbuknya dengan sekuat hati untuk melepaskan geram mereka.



Menurut Nate, dia membeli kostum panda itu dari eBay dan memilih panda sebagai kostum kerana air muka panda mampu mencairkan hati seseorang. Dia mahu orang melepaskan kemarahan mereka ke atas sesuatu yang comel. Dalam sehari, dia menerima lebih kurang 100 tumbukan daripada orang ramai.

Kalau ada benda macam ni dekat Malaysia kan best. Memang tiap aku datang tumbuk. Tension belajar. Haha.








Sumber : Wall Street Journal

Wednesday, November 24, 2010

Tutorial : How To Troll People


Tutorial lengkap dalam bentuk video tentang bagaimana untuk troll orang.



P/S : Hope you guys learn something.

Oh ! Taylor Swift


Sekali pandang tak kenal aku siapa awek hot blonde ni. Dua kali pandang rupanya awek aku Taylor Swift. Biasa tengok dia dengan rambutnya yang curly lagi wavy. Memang lain habis bila dia luruskan rambut. Ini imej terbarunya semasa menghadiri American Music Awards baru-baru ni. Serius makin HOT.




Tuesday, November 23, 2010

Gambar Produk Apple Yang Dimusnahkan


Entri lepas aku ada post pasal smartphone yang dibakar. Kali ni pasal produk-produk Apple yang dihancurkan. Projek ini adalah artwork dari Michael Tompert dan Paul Fairchild.

Tompert mendapat idea untuk menghancurkan produk-produk Apple ini apabila dia membelikan iPod Touch untuk dua orang anak lelakinya. Namun, kedua-dua anaknya berebut untuk salah satu daripada iPod Touch yang mempunyai game. Tompert yang naik hangin kemudiannya mengambil iPod Touch itu dan membalingnya ke lantai. FFFUUUU !!!

Bersama rakannya, Paul Fairchild seorang jurugambar, mereka menghancurkan 12 produk Apple seperti iPhone 3G, iPad, iPod Nano dan lain-lain lagi. Hasil kerja mereka dipamerkan di Live Worms Gallery di San Francisco.







Sumber : Design Boom dan LA Times

Monday, November 22, 2010

Invisible Man Memang Wujud !


Masa awal tahun 2000 dulu TV3 ada siarkan tv series 'Invisible Man'. Memang tiap-tiap minggu la aku ikut cerita ni. Tak salah aku, nama benda yang membolehkan mamat tu jadi invisible ialah Quicksilver. Memang sah die-hard-fan ni. Haha.

Tapi tu semua tahyul lagi sci-fi semata-mata. Tapi macam mana pula kita nak jadi invisible tanpa unsur-unsur sci-fi ? Mudah saja. Cat badan kita warna yang sama dengan persekitaran. Ini yang dilakukan oleh artist dari China, Liu Bolin.

Liu Bolin, 38, dibantu oleh penolongnya, mewarnakan badannya dengan cat yang sama warna seperti apa yang disekelilingnya. Dengan memili tona warna yang sesuai, Liu telah 'menjadi Invisible Man' di merata tempat seluruh dunia.

Can you spot him ? HAHA.









Sumber : Daily Mail

Thursday, November 18, 2010

IPhone, WinPhone7 atau Android. Manakah Terbakar Dengan Cepat ?


Video yang bagus untuk sesiapa yang tak tahu nak beli smartphone mana satu. Mari mari mari ! Smartphone panggang, smartphone panggang ! HAHA.

Tuesday, November 16, 2010

The Dipr - Sudu Khas Untuk Biskut Oreo


Bayangkan situasi ini. Anda mahu makan biskut Oreo, lepas tu nak celup dalam susu macam dalam iklan tu. Sedang elok-elok je nak angkat biskut itu untuk dimasukkan ke dalam mulut, biskut itu patah dan jatuh ke dalam cawan. FFFFUUU !!!!

Oleh sebab situasi ini sering berlaku, The Dipr telah tercipta. HAHA. The Dipr memudahkan para peminat biskut celup kerana korang tak perlu risau akan kepatahan biskut mahupun kejatuhan biskut korang ke dalam cawan.






Projek The Dipr ini masih dalam proses untuk dibangunkan dan di video bawah tentang bagaimana mereka came up with the idea dan cara membuatnya.



Sumber : TheDipr

Monday, November 15, 2010

10 Wanita Berpendapatan Tertinggi Di Hollywood 2010


Baru-baru ini, majalah Forbes telah mengeluarkan senarai 10 wanita yang mendapat pendapatan tertinggi di Hollywood. Pendapatan mereka dikira dari Jun 2009 hingga Jun 2010. Oprah Winfrey mendahulu senarai, 6 daripada meraka adalah penyanyi, 2 orang pengacara, seorang pelakon dan seorang hakim. Hakim ?!

1) Oprah Winfrey - $324 million (RM1 billion)



2) Beyonce Knowles - $89 million (RM276 juta)


3) Britney Spears - $65 million (RM202 juta)


4) Lady Gaga - $64 million (RM199 juta)


5) Madonna - $59.9 million (RM187 juta)


6) Sandra Bullock - $59.2 million (RM183 juta)


7) Ellen DeGeneres - $56 million (RM174 juta)


8) Miley Cyrus - $48 million (RM149 juta)


9) Taylor Swift - $46 million (RM143 juta)


10) Judge Judy - $46 million (RM143 juta)



Sumber : Forbes


P/S : Di Malaysia, artis wanita mana yang 'bergaji banyak' pulak ye ? Haha.

Sunday, November 14, 2010

Trailer Filem Terbaru Sam Shaheizy, Kongsi


Berita baik kepada peminat Adnan Sempit ! Tidak-tidak, bukan ada filem Adnan Sempit 2, tapi der Sam Shaheizy kita ni akan keluar dengan filem baru bertajuk 'Kongsi'. Filem Kongsi arahan Farid Kamil ini adalah sebuah filem aksi komedi dan Sam akan memainkan watak seorang ahli kongsi gelap yang 'terlebih' berani. Tengok trailer je pun aku dah confirm filem ni lawak habis. Tagline pun dah gempak ; 'Lu Langsi, Lu Mati !'

Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Bront Palarae, Fizo Omar, Zul Handy Black dan Norliana Samsudin. Sinopsis dan trailer filem ada di bawah.

Filem Kongsi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Kumpulan kongsi gelap terdiri daripada pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.

Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.

Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu (Zul Handy Black) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.

ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya?




Sumber : OhBulan!

Saturday, November 13, 2010

Sama Tapi Tak Serupa


Sup perisa tembakau atau rokok perisa ayam ? HAHA.

Friday, November 12, 2010

Ping Pong Cover Untuk iPhone 4




Tengok je case untuk iPhone ni, teringat kenangan main ping pong masa zaman sekolah dulu. Duit takde nak beli paddle ping pong, so carik buku hardcover kecil, susun meja dekat belakang kelas, open table ! Asal cikgu takde je, pergi belakang buat tournament. HAHA.

So, kepada sesiapa yang mempunyai iPhone dan mempunyai hobi bermain ping pong, guna la case ni. iPhone korang boleh tambah satu lagi apps, Ping Pong Pad. Nice ! Berminat ? Boleh beli di sini.




Sumber : Goincase

Friday, November 5, 2010

I Am Catman


Batman adalah kucing sebenarnya ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...