Sunday, November 14, 2010

Trailer Filem Terbaru Sam Shaheizy, Kongsi


Berita baik kepada peminat Adnan Sempit ! Tidak-tidak, bukan ada filem Adnan Sempit 2, tapi der Sam Shaheizy kita ni akan keluar dengan filem baru bertajuk 'Kongsi'. Filem Kongsi arahan Farid Kamil ini adalah sebuah filem aksi komedi dan Sam akan memainkan watak seorang ahli kongsi gelap yang 'terlebih' berani. Tengok trailer je pun aku dah confirm filem ni lawak habis. Tagline pun dah gempak ; 'Lu Langsi, Lu Mati !'

Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Bront Palarae, Fizo Omar, Zul Handy Black dan Norliana Samsudin. Sinopsis dan trailer filem ada di bawah.

Filem Kongsi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Kumpulan kongsi gelap terdiri daripada pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.

Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.

Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu (Zul Handy Black) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.

ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya?




Sumber : OhBulan!

5 comments:

J.M.R said...

wah, kalo sam jadi mafia, mmg terbaek la..langsi sama lu

Mr. J said...

macam best citer nih

shapoji said...

cam best jer..

epy ain said...

Farid Kamil dah mula mengarah eh..
hehe wait n see =.='

sollehahn said...

tengok pelakon2 ngan nama2 watak diorang pun ak da bole agak cite ni mmg lawak gile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...