Anda ada kucing yang suka merayau? Pernah tertanya ke manakah kucing anda pergi? Adakah pergi mengawan? Itulah persoalan yang menjadi idea kepada
Michael dan
Deirdre Cross, tuan kepada
Cooper, kucing yang pandai mengambil gambar.
Pasangan Cross telah memakaikan Cooper
timer-operated camera di lehernya dan setiap 2 minit, kamera itu akan menangkap gambar secara automatik. Antara gambar-gambar yang ditangkap oleh Coooper ialah gambar tempat persembunyian kegemarannya, gambar kucing lain, gambar tuannya dan lain-lain. Kiranya gambar yang ditangkap adalah dari mata seekor kucing la.
Cooper dan tuannya setakat ini telah mengadakan dua pameran di Amerika dan gambar-gambar yang ditangkap mendapat permintaan ramai untuk dibeli. Cooper juga mempunyai lebih 40 ribu peminat di
Facebook dan dokumentari tentangnya telah ditayangkan di
Animal Planet. Lagi gambar boleh klik di bawah.