Saturday, August 14, 2010

Luntik, Kucing Bertelinga Empat


Kalau bermata empat, orang kata pakai cermin mata. Kalau bertelinga empat, orang kata apa pulak ? Haha.



Luntik, merupakan seekor anak kucing yang unik kerana ia mempunyai 4 telinga. Luntik yang berumur tiga bulan dari Vladivostok, Russia ini mempunyai sepasang telinga 'spare' di hadapan telinga asalnya. Tapi telinga extra nya itu tidak mempunyai apa-apa fungsi kerana ianya tiada saluran telinga.





Sumber : Daily Mail

Sunday, August 8, 2010

Gambar Super Close-Up Mata Anda !


Beauty is in the eye of the beholder.








Sumber : Behance.net by Suren Manvelyan


P/S : Jangan tengok dekat-dekat screen komputer tu. Nanti rosak mata. Haha.

Tuesday, August 3, 2010

Perkahwinan Bertemakan Superhero !


Dulu aku ada post entry pasal perkahwinan tema ala Shrek. Kali ni ada lagi wedding yang buat tema ala-ala kostum. Tapi tema wedding lagi gempak, pakai kostum superhero !



Sharon dan Neil Vaughan, memilih untuk memakai kostum Wonder Woman (bukan Wonder Girl) dan Batman pada hari perkahwinan mereka. Menurut pasangan yang gemarkan pakaian berhias ini, sejak kecil lagi mereka ingin menjadi Batman dan Wonder Woman.

Best man dan MC pada wedding ceremony itu Robin dan Joker. Bridesmaids kepada Sharon pula memakai kostum Powerpuff Girls. Antara 'superhero-superhero' yang hadir pada majlis perkahwinan mereka adalah seperti Superman, The Incredibles, Iron Man, The Incredible Hulk, Captain America dan ramai lagi.

Neil berhabis sebanyak 180 pound untuk kostum Batmannya dan Sharon pula 100 pound untuk kostum Wonder Womannya.





Sumber : Daily Mail

Monday, August 2, 2010

Siapa Tak Faham Lagi Dengan Filem Inception ?


Bagi aku, Inception merupakan filem yang paling best untuk tahun 2010 ni. Filem ni juga memang confirm masuk dalam list all-time best movies aku. Siapa yang tak tengok lagi Inception, anda diharuskan untuk pergi ke panggung wayang yang berdekatan dengan anda untuk tengok filem ni. Haha.

Mungkin masih ada lagi yang tak faham dengan jalan cerita filem ni sebab banyak sangat mimpi dalam filem ni. Nasib baik tak masuk mimpi basah. Haha. Untuk sesiapa yang masih tak faham lagi, silalah baca infographic di bawah ni.


Masih tak faham lagi ? Check this link out.


Sumber : dehahs.deviantart.com



P/S : Ending filem ni memang macam haram. Tak tau Cobb dalam mimpi atau reality. Salute for Cristopher Nolan. Haha.

Sunday, August 1, 2010

Lukisan Yang Hyperrealistic



Cuba perhatikan betul-betul semua gambar di atas ni. First impression korang mesti ingat yang gambar ni adalah foto yang ditangkap kan ? Kalau macam tu memang terbukti korang adalah manusia yang normal seperti aku. Haha.

Sebenarnya semua gambar di atas ni adalah lukisan. Lukisan hyperrealistic ni dilukis oleh Roberto Bernardi yang merupakan seorang pelukis hyperrealism. Kesemua lukisan hyperrealistic Bernardi kebanyakannya dilukis hanya menggunakan cat minyak dan di atas kertas canvas. Memang tahap dewa betul lukisan dia ni. Haha.

Nak tengok lagi artwork dia ni, korang boleh pergi ke official gallery dia robertobernardi.com






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...