Saturday, July 9, 2011

Takabisha, Roller Coaster Tercuram Di Dunia


Roller coaster. Tiada ramai yang berani mencubanya. Hanya yang mempunyai keberanian yang jitu sahaja mampu menaikinya. Kalau roller coaster dekat Genting Highland tu pun takut nak naik, apatah lagi roller coaster tercuram di dunia.

Takabisha, roller coaster di Taman Hiburan Fuji-Q Highland, diberikan gelaran roller coaster yang tercuram di dunia oleh Guinness Book of World Records. Takabisha mempunyai ketinggian setinggi 144 kaki dan kecuraman sebanyak 120 darjah. Roller coaster ini juga mempunyai litar sepanjang 2 batu dan satu pusingan penuh mengambil masa selama 122 saat. Kelajuannya pula mampu mencecah selaju 100 kilometer per jam dan kos pembinaannya adalah sebanyak $23 juta pound.

Amacam? Ada berani? Aku tak berani. Haha.






Sumber : Daily Mail

Friday, July 8, 2011

Perkara Yang Tak Pernah Terjadi Dalam Hidup, Hanya Dalam Filem


Aku ni boleh dikategorikan seorang kaki filem. Kalau ada cerita best, mesti pergi tengok wayang. Kalau ada cerita best, tapi takde duit, download sahaja.

Sebagai pemerhati filem amatur, aku dapat perhati bahawa terdapat beberapa babak stereotaip yang selalu ada dalam mana-mana filem. Tapi itu semua dalam filem. Kalau dalam realiti aku yakin tak pernah berlaku. Siapa yang pernah terjadi benda ni dekat diri dia, aku memang salute. Here's the list.

1)

2)

3)

Thursday, July 7, 2011

Natsumi Hayashi, Gadis Jepun Yang Terapung


Natsumi Hayashi, seorang jurugambar dari Jepun mempunyai kebolehan untuk terapung. Tapi ianya hanya di dalam gambar. Dengan menggunakan kamera Canon EOS 5D Mark II, Natsumi sering menangkap gambarnya seperti terapung di udara.

Menurut Natsumi, untuk menangkap gambar terapung amat sukar kerana beliau perlu kelihatan seperti tidak melompat. Jadi, beliau perlu mengawal ekspresi muka pergerakan badan. Ianya perlu kelihatan seperti masa diberhentikan. Kadang kala beliau melompat sebanyak 300 kali untuk mendapatkan shot yang cantik.

FYI, Natsumi juga mempunyai website di mana beliau meyimpan koleksi gambar-gambar terapungnya. Untuk gambar yang lagi kawaiii, sila layari YOWAYOWACAMERA.COM






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...