Sunday, October 31, 2010

Mulut Terlebar Di Dunia !




Besar gila weh ! Francisco Domingo Joaquim, 20 tahun, dari Angola telah diberi gelaran 'Mulut Terlebar Di Dunia' oleh Guinness Book of World Records. Francisco yang mempunyai kelebaran mulut selebar 6.69 inci juga digelar 'The Angolan Jaw of Awe'



Francisco mendapat gelaran itu apabila menyertai satu pertandingan 'Big Mouth' yang diadakan di Rome bulan lepas. Dengan memasukkan 1 tin Coke kedalam mulutnya, gelaran mulut terlebar menjadi miliknya.

Dia juga boleh memasukkan 1 tin Coke kedalam mulutnya dan boleh mengeluarkan dan memasukkan tin Coke sebanyak 14 kali dalam masa 1 minit. Ni baru betul kalau orang kata, "Nak makan penumbuk ke ?!" HAHA.


Sumber : Daily Mail

Saturday, October 23, 2010

All Blacks Rugby Freestyle


Biasa kita tengok bola je ada freestyle. Timbang bola guna kepala lutut la, berjoget-joget dengan bola la dan macam-macam tricks lagi. Jom usha player All Blacks buat freestyle guna bola lonjong pulak. Memang style habis. Ahh, teringat zaman kegemilangan main ragbi masa sekolah dulu. Haha.

Monday, October 18, 2010

Rahsia Tentang Ekor Kucing Anda


Aku ada kucing dekat rumah. Kadang-kadang aku curious tengok ekor kucing aku melentuk-lentuk sana-sini. Then i found this. Jom selongkar apakah yang kucing anda ingin beritahu anda melalui ekornya. MEOWWW !!



Sumber : Yarsly

Sunday, October 17, 2010

USB Hub 24 Port !




Serius besar. Haha. USB hub ni ada 24 port untuk korang cucuk dengan 480 Mbps transfer speeds. Korang boleh connect power hub ni direct dari komputer orang atau AC outlet. Specifications lain adalah automatic over-current protection untuk setiap port, dan plug-and-play connection.

So, korang boleh la cucuk mouse, cooler, MP3, external hard disk, handphone, camera dan apa-apa lagi la yang boleh dicucuk. Haha. Kalau berminat boleh beli di sini.




Sumber : ThinkGeek

Saturday, October 16, 2010

Taman Dalam Tasik




Taman dalam tasik ini dipanggil Green Lake. Ia terletak berhampiran kaki pergunungan Hochschwab, Austria.

Sepanjang musim sejuk lalu, tempat ini hampir sepenuhnya kering dan biasa dikunjungi oleh pendaki sebelum mendaki gunung. Tetapi apabila suhu mula meningkat pada musim panas, ais dan salji di puncak gunung mulai mencair dan turun ke kawasan bawah. Akhirnya kawasan bawah di penuhi dengan air dan menjadi tasik.

Tasik ini dipenuhi dengan air sejuk yang jernih, dan kelihatan seperti warna hijau oleh rumput dan pokok-pokok didasarnya. Kini, tempat ini menjadi tarikan untuk para penyelam dari seluruh dunia.





Sumber : Daily Mail

Friday, October 15, 2010

Trailer Filem Pokemon Versi Live Action


Lagi pasal Pokemon. Haha. Filem Pokemon versi live action ni bertajuk, Pokémon Apokélypse. Tapi malangnya, korang tak kan dapat tengok filem ni sebab ini hanya trailer yang dibuat oleh fans Pokemon sendiri. Serius macam real kan ? Dah la HD, graphic mantap pulak tu.

Anyway, credits for their effort. Tapi kalau ada pun mesti sucks macam live action Dragonball dulu. Haha.



Poster pun ada !

Thursday, October 14, 2010

Apabila Pokemon Di-LEGO-kan


Pokemon + Lego = Pure awesome ! Artist Filip Johannes Felberg telah membina pelbagai Pokemon menggunakan Lego. Nak tengok lagi artwork Filip, boleh visit Flickr dia. Gotta build em' all !

Cubone, Pikachu, Koffing and Togepi


Eevee, Venonat, Rattata, and Zubat


Spearow, Psyduck, Staryu and Crobat


Kangaskhan, Geodude, Raichu, and Vulpix


Ekans, Golbat, Jigglypuff, and Pidgey
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...