Wednesday, April 20, 2011

Oh! Katy Perry Dan Zooey Deschanel


Dulu aku selalu confuse dengan 2 hot chicks. Muka memang serupa. Ce teka, ce teka mana Katy Perry dan Zooey Deschanel. Siapa menang dapat cuci mata. Haha.





Sumber : Fanpop

Tuesday, April 19, 2011

Iklan Kempen Seks Secara Selamat MTV (NSFW)


Ini adalah iklan kempen seks secara selamat dari MTV Switzerland. Ianya dibuat dalam bentuk comic strips yang menunjukkan bahawa seks boleh berlaku di mana-mana, bila-bila masa. Oh ya, tagline kempen ini adalah “Sex Is No Accident”. Haha.





Sumber : MTV

Saturday, April 16, 2011

Komen Apakah Yang Patut Anda Tulis Di Facebook?


Ini kadang-kala menjadi situasi yang sukar bagi aku. Komen atau tak? Kalau nak komen, nak tulis apa? Atau like sahaja? Jika anda berdepan dengan situasi sukar sebegini juga, ikutilah flowchart di bawah. Haha.




Sumber : College Humour

Thursday, April 14, 2011

Ukiran Pelik Dan Menggelikan Tim Jones


Ukiran yang pelik lagi menggelikan ini adalah hasil kerja Tim Jones. Tim Jones merupakan artist kontemporari yang sering mereka ukiran makhluk yang pelik, menakutkan atau abnormal. More of like macam kena mutasi la.

Beliau sering menggabungkan sifat yang berlawanan seperti baik dan jahat dalam karyanya untuk menjadikan ia lebih unik. Aku tengok ukiran beliau ni memang cuak. Tapi lama kadang-kadang comel pula. Lepas tu rasa kesian. Apakah perasaan ini ?!




Wednesday, April 13, 2011

Heroin Kartun Disney Versi Gothic


Masa kecil-kecil dulu korang mesti layan kartun-kartun Disney kan ? Setiap pagi Ahad dan Sabtu pukul 10 sampai 12 mesti buka TV3 tengok Aladdin la, Mulan la. Eleh, macam la aku tak tahu. Haha.

Kalau kita tengok, heroin kartun Disney semua comel-comel belaka. Tapi artist Jeffrey Thomas dengan karyanya, 'Twisted Princess' telah memberikan imej baru kepada heroin-heroin Disney menjadi lebih ganas dan gothic. Lagi karya kreatif beliau boleh dilihat di sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...