Aku suka kucing. Aku lagi suka kalau kucing ni saiz dia besar sikit macam anjing. Tapi kalau saiz besar macam harimau, lagi best. Memang masyuk kalau buat bantal peluk. Haha.

Memperkenalkan
Panjo, kucing idaman aku. Besar memang macam harimau, sebab Panjo memang
HARIMAU. Panjo, seekor harimau
Bengal, merupakan haiwan peliharaan bagi
Goosey Fernandes. Goosey Fernandes menjumpai Panjo yang ketika itu baru berusia 3 minggu ditinggalkan oleh ibunya di hutan
Pretoria, South Africa. Fernandes kemudian membawa Panjo balik ke rumahnya dan terus membela Panjo. Sehingga kini, Panjo sudah berusia 19 bulan.
Walaupun Panjo seekor harimau, tapi dia seperti seekor kucing biasa yang suka bermanja dengan tuannya, tidur di atas sofa dan bermain di halaman rumah. Panjo juga berkawan baik dengan anjing Fernandes.
Namun, Panjo mungkin akan berpisah dengan tuannya kerana nalurinya sebagai haiwan liar mungkin akan mendatangkan bahaya jika tinggal di tempat yang kecil. Saiz Panjo yang walaupun kelihatan sudah besar, juga hanyalah separuh daripada saiznya sebelum matang.



Sumber :
Daily Mail