Thursday, April 15, 2010

Gambar Eksklusif Peristiwa 11 September 2001


Ingat lagi peristiwa 11 September 2001? Peristiwa di mana Amerika Syarikat dikatakan telah diserang oleh kumpulan pengganas Islam, Al-Qaeda. Al-Qaeda dikatakan telah merempuh bangunan World Trade Center dan bangunan Pentagon menggunakan kapal terbang.

Peristiwa ini telah mengubah sama sekali persepsi masyarakat dunia tentang Islam dengan menganggap agama Islam adalah agama pengganas. Peristiwa ini juga dikatakan satu konspirasi Amerika Syarikat sendiri yang ingin menjatuhkan Islam.

Akhbar Telegraph baru-baru ni telah mengeluarkan beberapa gambar eksklusif yang belum pernah disiarkan di mana-mana media. Gambar-gambar ini ditangkap oleh Detektif Greg Semendinger, dari New York City Police Aviation Unit. ABC News telah mendapatkan gambar ini setelah memfailkan Freedom of Information Act request dari US National Institute of Standards and Technology.












Sumber : Telegraph


P/S : Lecturer dekat u aku ada kata, ni semua rancangan adalah rancangan Illuminati, iaitu gerakan orang Yahudi yang ditubuhkan untuk menguasai dunia. Kalau nak tau lagi pasal Illuminati dan konspirasi-konspirasi Yahudi ni, boleh tengok kat Ibnu Yaacob or Free Our Mind.

Wednesday, April 14, 2010

Majalah Lucah Untuk Orang Buta !




Berita baik untuk orang buta ! Just kidding. Haha. Di Kanada, sebuah majalah pornografi telah dilancarkan khas untuk orang buta. Maksudnya majalah itu ditulis dalam tulisan braille dan lukisannya dalam lukisan yang tertimbul.

Majalah itu diberi nama Tactile Minds hasil karya Lisa Murphy. Majalah ini lengkap dengan ayat-ayat yang lucah dan gambar bogel lelaki dan perempuan. Antara lukisan timbul yang terdapat dalam majalah ini ialah perempuan bogel yang menari disco, perempuan dengan 'perfect breast' dan 'male love robot'.

Menurut Lisa, dia menghasilkan buku ini kerana dia merasakan bahawa golongan buta seperti telah ditinggalkan dan dipulaukan oleh gambar-gambat yang seksi. What the fish !






Sumber : Telegraph


P/S : Minta maaf jika gambar diatas terlalu seksi atau offensive.

Tuesday, April 13, 2010

Apabila Bintang EPL Melukis Muka Sendiri


Baru-baru ni, beberapa bintang dan pengurus EPL telah melukis diri mereka sendiri dan lukisan-lukisan itu akan dikumpulkan di dalam satu buku yang bertajuk 'The Art Of Football'. Seramai 40 pemain dan pengurus dari 20 kelab EPL seperti Wayne Rooney, Didier Drogba, Carlos Tevez, Carlo Ancelotti telah mengambil bahagian dan buku ini akan dilelong untuk tujuan amal.

Kita tahu yang diorang semua ni memang power main bola. Tapi power kah mereka melukis? Adakah tangan mereka selincah kaki mereka beraksi? Haha. Jom usha lukisan diorang !












Sumber : The Sun

Monday, April 12, 2010

Video Penalty Kick Yang Paling Canteek !


Sebelum ni, belum pernah ada lagi kita tengok penalty kick yang lawa. Semuanya free kick lawa dan volley cantik. Ni ceq nak tunjuk hangpa semua penalty paling smart, lawa, cantik dan kreatif. Baeekk punyee !



Nak tahu team apa yang main ni, klik .sini

Sunday, April 11, 2010

Thanks For 'The Most Hottest Male Blogger' Award


Baru-baru ni Belog Bagus baru dapat award. Award belog terbaik di Malaysia untuk bulan Mac. Tuan belog pulak dapat award 'The Most Hottest Male Blogger' untuk bulan Mac jugak. Terima kasih keatas Persatuan Blogger Tegar Malaysia. Haha.

Korang percaya ke? Haha. Tak la. Sebenarnya Belog Bagus baru dapat award 'The Cedars Blogger Awards' dari bro MSR. Tak tau la apa nama sebenar dia, tahu MSR je. Yang best tentang bro ni, dia dari Lubnan. Jauh tu. By the way, thanks bro !!



Sebelum ni Belog Bagus ada dapat award jugak. Award dari Budak Hitam. Kalau nak tahu Budak Hitam ni member sekolah aku. Dia ni memang ada geng Budak Hitam kat sekolah dulu. Haha. Thanks to Budak Hitam too !



Sekali nak ucapkan terima kasih kepada MSR dan Budak Hitam. Tak sangka pulak Belog Bagus yang belum baligh ni dan tahu nak basuh berak sendiri dapat award. Haha. Bagus Sangat La Tu !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...