Showing posts with label review filem. Show all posts
Showing posts with label review filem. Show all posts

Wednesday, May 5, 2010

Iron Man 2 Tak 'Se-Iron' Iron Man 1


Hari Sabtu lalu aku sempat pergi tengok filem Iron Man 2 di TGV KLCC. Aku try book dekat GSC semua penuh. Aku book pun lambat, Jumaat malam tu. Sekali try dekat TGV KLCC dapat la book 4 tiket. Tak sangka boleh dapat. Huhu.



Iron Man 2 kali ini mengisahkan tentang Tony Stark yang telah mengumumkan kepada khalayak ramai yang dia ialah Iron Man. Tony Stark juga telah didesak oleh kerajaan Amerika untuk menyerahkan sut kuasanya itu. Macam biasa, aku malas nak cerita sinopsis filem ni. Nak baca boleh klik sini or sini.

Watak jahat dalam filem terbaru Iron Man ni ialah Ivan Vanko a.k.a. Whiplash yang juga mempunyai arc seperti Tony Stark dan senjata seperti cemeti yang bekuasa elektrik. Watak rakan Tony Stark, Jim Rhodes, telah dilakonkan oleh pelakon lain, bukan pelakon filem yang pertama.



Overall, filem Iron Man kali ini tak sehebat filemnya yang pertama. Aksi yang dipertontonkan agak kurang. Terlalu banyak dialog antara pelakon. Member aku sampai mengantuk dalam wayang. Haha. Pelakon baru yang melakonkan watak rakan Tony tidak mempunyai sense of humour seperti pelakon filem pertama. Tapi credit to Robert Downey Jr. sebab membawakan watak Tony Stark yang 'dah-nak-mati-tapi-degil' dengan baik sekali. Lawak dengan muka selamba dia memang menjadi. Kadang-kadang aku ingat ni filem komedi pulak. Haha.

Yang best part bagi aku dalam cerita ni ialah suitcase Tony yang boleh transform jadi sut Iron Man dia. Memang awesome ! Dan lagi satu, Scarlett Johansson in leather suit. Weehuu !!! Aku rasa ramai lelaki yang tengok Iron Man memang tertunggu-tunggu kemunculan Scarlett. Haha.



Kepada yang belum tengok lagi, tengok la filem ni. Tak rugi apa pun. Tak nak lagi rugi, tengok la hari Rabu, murah sikit. Haha. Kalau dah tengok Iron Man 1 mesti nak tengok Iron Man 2 kan? Cuma expectation tinggi yang korang harapkan untuk sekuel Iron Man ini mungkin tak sampai. Dari 10 bintang pakcik bagi 6. Haha.

Wednesday, April 28, 2010

'Kick-Ass' Memang Kick Ass !




Hari Ahad lalu aku sempat pergi tengok filem Kick-Ass dekat TGV Jusco Seremban 2. Aku memang dah lama tunggu nak tengok filem ni. Sebelum ni aku tengok trailer filem ni kat You Tube memang gempak habis. Lepas tu aku ada minat sorang budak perempuan cute dalam filem ni (i'm not a pedophile okay). Hehe.

Filem Kick-Ass mengisahkan tentang Dave Lizewski, seorang remaja yang nobody lagi loser yang ingin menjadi seorang superhero macam dalam buku komik. Dan yang penting, dia takde superpower. Tapi dia still nak jadi seorang superhero dan menamakan dirinya Kick-Ass. Aku malas nak cerita sinopsis filem ni. Nak baca boleh klik sini or sini atau pergi tengok wayang terus. Haha.

Terus terang aku cakap, korang memang kena tengok filem. Memang filem superhero terbaik. Dari 5 bintang, aku bagi 4.8 bintang. Siapa kata filem ni tak best, aku boleh bayar balik duit tiket korang. Haha.

Kalu korang nak tahu, filem Kick-Ass ni adalah diadaptasi dari komik. Ada 4 superhero dalam filem ni. 2 superhero bangang, Kick-Ass dan Red Mist. 2 superhero betul, Big Daddy dan Hit Girl. Kick-Ass bodoh-bodoh berani punya superhero. Hit Girl pulak wa cakap lu memang awesome! Pisau, pistol, senapang, sepak terajang semua dia tau. Lepas tu mulut memang tak boleh blah. Padahal baru 10 tahun. I'm in love with Hit Girl. Beat me, please !!



By the way, filem ni 18SG. Ada adegan lucah sikit dan perkataan mencarut memang banyak. Ada jugak la beberapa scene yang aku rasa kena potong. Takpe, tunggu lagi sebulan ada la unrated version kat Internet. Download la apa lagi. Haha. Aku rasa akan ada Kick-Ass 2 sebab ending filem ni.... tengok la sendiri kalau nak tahu !




P/S : Tak sabar nak tengok Iron Man 2 pulak.

Monday, March 29, 2010

Evolusi KL Drift 2 Dah Macam Tokyo Drift !




Semalam aku pergi tengok Evolusi Kl Drift dekat TGV The Mines. Aku bukanlah jenis yang minat sangat tengok filem Melayu ni. Boleh kira la dengan jari la filem Melayu yang aku tengok.

Apa yang membuatkan aku tergerak hati nak tengok Evolusi KL Drift sebab satu je. Nak tengok Shaheizy Sam berlakon. Aku tengok trailer kat TV macam gempak je si Shaheizy Sam berlakon jadi samseng. Dulu tengok dia berlakon Adnan Sempit memang kelakar habis. Dari awal sampai akhir aku tergelak.


Adnan Sempit dah pakai kereta?

Semalam tengok filem tu panggung memang penuh. Dari atas sampai bawah. Aku tengok cerita tu memang nak tengok Shaheizy Sam berlakon jadi samseng. Tapi slack satu je, asal dia berlakon cakap macam orang Cina? Potong stim betul la. Mula-mula keluar scene dia, dah stailo dah dengan rambut panjang siap hisap rokok. Sekali cakap Cina da. Habis satu panggung bantai gelak. Time scene patutnya serius, orang bantai gelak, Dah macam tengok Adnan Sempit pulak. Haha. Tapi lakonan dia memang tip top ar.

Overall filem ni memang best ar. Sinematografi lawa (wah, ayat tak boleh tahan), skill drift pun gempak. Siap boleh drift kat Port Klang kat celah-celah kontena. Tapi tak boleh lawan Adnan Sempit. Haha. Cuma yang tak best, last sekali...



Mana boleh bagitau, kena pergi tengok la. Haha. Siapa tak tengok lagi tengok la trailer dulu kat bawah ni ye. =)





P/S : Syamsul, hero filem ni berlakon macam kayu la. Sebab tu la kot dia berlakon fiem sendiri, takde siapa nak ambik dia berlakon. Haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...