Wednesday, May 5, 2010

Iron Man 2 Tak 'Se-Iron' Iron Man 1


Hari Sabtu lalu aku sempat pergi tengok filem Iron Man 2 di TGV KLCC. Aku try book dekat GSC semua penuh. Aku book pun lambat, Jumaat malam tu. Sekali try dekat TGV KLCC dapat la book 4 tiket. Tak sangka boleh dapat. Huhu.



Iron Man 2 kali ini mengisahkan tentang Tony Stark yang telah mengumumkan kepada khalayak ramai yang dia ialah Iron Man. Tony Stark juga telah didesak oleh kerajaan Amerika untuk menyerahkan sut kuasanya itu. Macam biasa, aku malas nak cerita sinopsis filem ni. Nak baca boleh klik sini or sini.

Watak jahat dalam filem terbaru Iron Man ni ialah Ivan Vanko a.k.a. Whiplash yang juga mempunyai arc seperti Tony Stark dan senjata seperti cemeti yang bekuasa elektrik. Watak rakan Tony Stark, Jim Rhodes, telah dilakonkan oleh pelakon lain, bukan pelakon filem yang pertama.



Overall, filem Iron Man kali ini tak sehebat filemnya yang pertama. Aksi yang dipertontonkan agak kurang. Terlalu banyak dialog antara pelakon. Member aku sampai mengantuk dalam wayang. Haha. Pelakon baru yang melakonkan watak rakan Tony tidak mempunyai sense of humour seperti pelakon filem pertama. Tapi credit to Robert Downey Jr. sebab membawakan watak Tony Stark yang 'dah-nak-mati-tapi-degil' dengan baik sekali. Lawak dengan muka selamba dia memang menjadi. Kadang-kadang aku ingat ni filem komedi pulak. Haha.

Yang best part bagi aku dalam cerita ni ialah suitcase Tony yang boleh transform jadi sut Iron Man dia. Memang awesome ! Dan lagi satu, Scarlett Johansson in leather suit. Weehuu !!! Aku rasa ramai lelaki yang tengok Iron Man memang tertunggu-tunggu kemunculan Scarlett. Haha.



Kepada yang belum tengok lagi, tengok la filem ni. Tak rugi apa pun. Tak nak lagi rugi, tengok la hari Rabu, murah sikit. Haha. Kalau dah tengok Iron Man 1 mesti nak tengok Iron Man 2 kan? Cuma expectation tinggi yang korang harapkan untuk sekuel Iron Man ini mungkin tak sampai. Dari 10 bintang pakcik bagi 6. Haha.

8 comments:

Lemangcute Comel Yang Dilindungi said...

lemang bagi 8setengah..hihihi.. tetap teruja.. banyak robot..i likeeee..heheh

Sh.athie said...

setuju..setuju..watak jahat tu macam tak berapa jahat lah kan. kalau lagi jahat mesti lagi syok!

Unknown said...

eh apsal ramai kata tak best eh. aku sronot je menonton haha. ada la sket aplikasi fizik aku blajo dalam tu :P

Zulhijrah™ said...

apesal lak tak best..best ape..banyak adegan2 dramatik dan komedi..ok gak tu..

"ana" Muslimah ♥ said...

salam..
dri tngok cta2 mcm ni, baik drma det kt mreka yg mmrlukan..

anda skong ka x sy mr shafiq?? :)
wassalam..

shaffique said...

@ lemangcute@chah

scene lawan banyak robot tu best..

@ Superwoman

tu la.. tak banyak cakap kan..

@ nesca

lain orang lain citarasa kot..huhu..

@ EgNaro

aksi tak banyak la bro..

@ Cik Ct Fadzil™

saya insaf seketika..

Anonymous said...

i tgk citer ni ngan member2 i..sume ttido kecuali i...cuba korg pk...

Antenna Installation Rochester Hills said...

This is a great poost

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...