Sunday, June 13, 2010

Bila Suka Sangat Dengan Facebook Like Button





Sekarang ni kalau suka apa-apa benda kat Facebook, klik je 'Like' button. Lepas ni kalau bos atau lecturer approve korang punye resume atau assignment, diorang mungkin juga bagi LIKE dekat kerja korang. Dah semuanya nak Like. Haha.


P/S : Lagi 1, jangan lupa klik Like button bawah entry ni. Muahaha !

Friday, June 11, 2010

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 !




Pasukan Sepanyol yang akan memenangi FIFA World Cup 2010 kali ini. Sepanyol akan bertemu Brazil pada final dan memenangi perlawanan itu 3-1. Tapi semua ini adalah mengikut simulasi yang telah dilakukan oleh the official 2010 FIFA World Cup video game keluaran EA Sports. Simulasi ini dijalankan mengikut keadaan yang sama yang akan dialami oleh kesemua 32 pasukan yang menyertai Piala Dunia kali ini.

Pada perlawanan final tersebut, Brazil terlebih dahulu menjaringkan gol hasil jaringan Felipe Melo pada minit ke-30. Namun, David Villa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.

Pada separuh masa kedua pula, kedudukan menjadi 2-1 apabila David Villa mejaringkan gol keduanya dalam perlawanan pada minit ke-61. Menjelang akhir perlawanan, Cesc Fabregas mejaringkan gol ketiga buat Sepanyol pada minit ke-88. Keputusan akhir perlawanan, Sepanyol 3-1 Brazil dan Piala Dunia milik Sepanyol.

Antara keputusan lain adalah tempat ketiga dimenangi oleh England selepas dikalahkan oleh Brazil menerusi sepakan penalti. Englang memenangi tempat ketiga dengan menewaskan Argentina 2-1. Kasut Emas pula dimenangi oleh David Villa dari Sepanyol dengan 7 gol.





Sumber : Shacknews



P/S : Aku pun pilih Sepanyol jugak menang World Cup. Hehe. Korang ?

Wednesday, June 9, 2010

Pokemon Dah Tak Lagi Comel


'I wanna be the very best, like no one ever was'

Ingat lagi lirik lagu ni ? Ala, lagu yang korang dulu selalu nyanyi depan TV masa hari Sabtu malam pukul 8.30 tu. Haha. Ni la lirik lagu Pokemon. Siapa yang lahir tahun 90-an confirm layan Pokemon. Siapa yang tak layan Pokemon, sesungguhnya aku amat kasihan akan zaman kanak-kanak anda. Haha.

Dulu Pokemon yang kita tengok semua comel-comel belaka, especially Pikachu. Pika, Pika ! Huhu. Tapi semalam aku ada jumpa satu artwork pasal Pokemon kat internet. Tak tau la siapa artist ni tapi artwork dia memang gempak gila.

The unknown artist ni lukis balik Pocket Monster yang dahulunya comel jadi the real Monster. Serius dah tak comel dah. Haha.

Mewtwo

Charizard

Venusaur

Blastoise

Lugia

Gyarados

Haunter

Gengar

Pikachu. Ambik kau nak comel sangat. Haha.



P/S : Rasa rindu pulak nak main game Pokemon versi Gameboy. Hehe.

Tuesday, June 8, 2010

Senarai Pemenang MTV Movie Awards 2010




Malam tadi baru saja berlangsung MTV Movie Awards 2010. Siapa yang ada channel MTV je boleh tengok. Kalau korang nak tengok sangat boleh la korang download kat Warez. Haha.

Seperti yang dijangkakan, filem The Twilight Saga : New Moon memonopoli hampir separuh anugerah pada malam itu iaitu 5 daripada 10 award. MTV Movie Awards kali ini diacarakan oleh comedian, Aziz Ansari.

Berikut adalah senarai pemenang untuk semua kategori yang dipertandingkan berserta dengan pencalonan lain.

BEST MOVIE

Alice In Wonderland
Avatar
Harry Potter and the Half-Blood Prince
The Hangover
The Twilight Saga: New Moon (Winner)




BEST FEMALE PERFORMANCE

Amanda Seyfried - Dear John
Emma Watson - Harry Potter and the Half-Blood Prince
Sandra Bullock - The Blind Side
Zoe Saldana - Avatar
Kristen Stewart - The Twilight Saga : New Moon (Winner)




BEST MALE PERFORMANCE

Channing Tatum - Dear John
Daniel Radcliffe - Harry Potter and the Half-Blood Prince
Taylor Lautner - The Twilight Saga: New Moon
Zac Efron - 17 Again
Robert Pattinson - The Twilight Saga : New Moon (Winner)




BEST BREAKOUT STAR

Chris Pine - Star Trek
Gabourey Sidibe - Precious : Based on the Novel Push by Sapphire
Logan Lerman - Percy Jackson and the Olympians: The Lightning Thief
Quinton Aaron - The Blind Side
Zach Galifianakis - The Hangover
Anna Kendrick - Up in the Air (Winner)




BEST COMEDIC PERFORMANCE

Ben Stiller - Night at the Museum: Battle of the Smithsonian
Bradley Cooper - The Hangover
Ryan Reynolds - The Proposal
Sandra Bullock - The Proposal
Zach Galifianakis - The Hangover (Winner)


BEST VILLAIN

Christoph Waltz - Inglourious Basterds
Helena Bonham Carter - Alice In Wonderland
Ken Jeong - The Hangover
Stephen Lang - Avatar
Tom Felton - Harry Potter and the Half-Blood Prince (Winner)




BEST FIGHT

Hugh Jackman and Liev Schreiber vs. Ryan Reynolds - X-Men Origins: Wolverine
Logan Lerman vs. Jake Abel - Percy Jackson and the Olympians: The Lightning Thief
Robert Downey Jr. vs. Mark Strong - Sherlock Holmes
Sam Worthington vs. Stephen Lang - Avatar
Beyonce Knowles vs. Ali Larter - Obsessed (Winner)


BEST KISS

Kristen Stewart and Dakota Fanning - The Runaways
Sandra Bullock and Ryan Reynolds - The Proposal
Taylor Swift and Taylor Lautner - Valentine's Day
Zoe Saldana and Sam Worthington - Avatar
Kristen Stewart and Robert Pattinson - The Twilight Saga : New Moon (Winner)





BEST WTF MOMENT

Betty White - The Proposal, Cops a Feel
Bill Murray - Zombieland, Bill Murray?! A Zombie?!
Isabel Lucas - Transformers: Revenge of the Fallen, Unexpected Transformation
Megan Fox - Jennifer's Body, Vomits a Mysterious Black Ooze
Ken Jeong - The Hangover, Naked Trunk Surprise (Winner)




BEST SCARED-AS-S**T PERFORMANCE

Alison Lohman - Drag Me To Hell
Jesse Eisenberg - Zombieland
Katie Featherston - Paranormal Activity
Sharlto Copley - District 9
Amanda Seyfried - Jennifer's Body (Winner)




BIGGEST BAD-ASS STAR

Angelina Jolie
Channing Tatum
Sam Worthington
Rain (Winner)




GLOBAL SUPERSTAR

Kristen Stewart
Taylor Lautner
Johnny Depp
Daniel Radcliffe
Robert Pattinson (Winner)

Monday, June 7, 2010

Wanita Dipecat Kerana Terlalu Seksi




Debrahlee Lorenzana, 33, ialah seorang banker di Citibank. Namun dia telah dipecat oleh syarikat bank itu kerana terlalu seksi dan menggoda. Weehuu !!

Cik Debrahlee, dibuang kerja selepas diberitahu oleh bosnya bahawa pakaiannya yang seksi dan bentuk tubuhnya yang menggiurkan menyebabkan pekerja lelaki di syarikat itu tidak dapat menumpukan perhatian. Dia yang seorang ibu tunggal juga dilarang memakai turtleneck tops, pencil skirts, fitted suits dan juga high heels.

Menurutnya lagi, pekerja wanita lain yang memakai pakaian yang sama sepertinya tidak ditegur kerana mereka tidak secantik dia. Cik Debrahlee kini dalam proses menyaman Citibank kerana memecatnya tanpa alasan yang munusabah. Tapi bila tengok gambar-gambar dia ni, memang boleh berlaku sexual harassment di tempat kerja ni. Haha.





Sumber : Daily Mail
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...