Showing posts with label simulasi video game 2010 FIFA World Cup. Show all posts
Showing posts with label simulasi video game 2010 FIFA World Cup. Show all posts

Friday, June 11, 2010

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 !




Pasukan Sepanyol yang akan memenangi FIFA World Cup 2010 kali ini. Sepanyol akan bertemu Brazil pada final dan memenangi perlawanan itu 3-1. Tapi semua ini adalah mengikut simulasi yang telah dilakukan oleh the official 2010 FIFA World Cup video game keluaran EA Sports. Simulasi ini dijalankan mengikut keadaan yang sama yang akan dialami oleh kesemua 32 pasukan yang menyertai Piala Dunia kali ini.

Pada perlawanan final tersebut, Brazil terlebih dahulu menjaringkan gol hasil jaringan Felipe Melo pada minit ke-30. Namun, David Villa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.

Pada separuh masa kedua pula, kedudukan menjadi 2-1 apabila David Villa mejaringkan gol keduanya dalam perlawanan pada minit ke-61. Menjelang akhir perlawanan, Cesc Fabregas mejaringkan gol ketiga buat Sepanyol pada minit ke-88. Keputusan akhir perlawanan, Sepanyol 3-1 Brazil dan Piala Dunia milik Sepanyol.

Antara keputusan lain adalah tempat ketiga dimenangi oleh England selepas dikalahkan oleh Brazil menerusi sepakan penalti. Englang memenangi tempat ketiga dengan menewaskan Argentina 2-1. Kasut Emas pula dimenangi oleh David Villa dari Sepanyol dengan 7 gol.





Sumber : Shacknews



P/S : Aku pun pilih Sepanyol jugak menang World Cup. Hehe. Korang ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...