Showing posts with label halimah jongang. Show all posts
Showing posts with label halimah jongang. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Ada Apa Dengan Halimah Jongang?


Aku sebenarnya bukanlah peminat drama-drama Melayu. Bukan la nak kata pengkhianat bangsa, tapi ada jugak drama-drama yang aku layan macam Kisah Kaisara, Puteri, Nur Kasih, Spa Q dan banyak lagi.( banyak pulak yang layan, tadi kata tak layan sangat ) Sekarang ni heboh satu Tanah Melayu pasal drama Halimah Jongang. Drama ni dikatakan menghina golongan yang bergigi jongang. Malah individu yang mempunyai kelemahan ini mengatakan bahawa drama itu adalah penghinaan secara terang-terangan kepada mereka.

Mangsa #1
"Saya berasa malu untuk ke pasar apabila orang mengutuk saya dengan memanggil Halimah jongang walaupun saya bukan bernama Halimah gara-gara drama itu"


Mangsa #2
"Drama ini menyebabkan anak saya sering diejek di sekolah oleh rakan-rakannya dengan menyanyikan lagu Halimah Jongang"






Halimah Jongang yang disiarkan dekat Astro Prima setiap hari Rabu itu dikatakan mendapat sambutan hangat sehinggakan lagu temanya ciptaan Eddie Hamid turut dimuat turun menerusi telefon bimbit. Tak tau macam mana lagu dia? "Jongang3x, Halimah gigi jongang~" Macam tu lah lebih kurang lagu dia. Tak dinafikan, lagu dia memang best. Haha. Kalau nak dengar chorus dia, klik sini.

Dengar cerita pulak, lepas ni ada satu telefilem yang genre sama juga akan ditayangkan tak lama lagi yang bertajuk Fatimah Juling. Tadi aku baru je tengok promo telefilem ni kat Astro Prima. Nak tahu siapa jadi Fatimah Juling? Julia Ziegler. Kesian Julia Ziegler yang cun kena jadi juling.


Muka cun, body hot, tapi juling?

Bagi aku, biarpun drama Halimah Jongang sekadar mahu menghibur dan memberi pengajaran tersendiri, pro dan kontranya tetap akan ada. Tepuk dada tanya hati. Kalau kena dekat batang hidung sendiri, macam mana?




p/s : Kalau nak tahu, Halimah Jongang ni siap ada Fan Page kat Facebook.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...