Mangsa #1
"Saya berasa malu untuk ke pasar apabila orang mengutuk saya dengan memanggil Halimah jongang walaupun saya bukan bernama Halimah gara-gara drama itu"
Mangsa #2
"Drama ini menyebabkan anak saya sering diejek di sekolah oleh rakan-rakannya dengan menyanyikan lagu Halimah Jongang"


Halimah Jongang yang disiarkan dekat Astro Prima setiap hari Rabu itu dikatakan mendapat sambutan hangat sehinggakan lagu temanya ciptaan Eddie Hamid turut dimuat turun menerusi telefon bimbit. Tak tau macam mana lagu dia? "Jongang3x, Halimah gigi jongang~" Macam tu lah lebih kurang lagu dia. Tak dinafikan, lagu dia memang best. Haha. Kalau nak dengar chorus dia, klik sini.
Dengar cerita pulak, lepas ni ada satu telefilem yang genre sama juga akan ditayangkan tak lama lagi yang bertajuk Fatimah Juling. Tadi aku baru je tengok promo telefilem ni kat Astro Prima. Nak tahu siapa jadi Fatimah Juling? Julia Ziegler. Kesian Julia Ziegler yang cun kena jadi juling.

Muka cun, body hot, tapi juling?
Bagi aku, biarpun drama Halimah Jongang sekadar mahu menghibur dan memberi pengajaran tersendiri, pro dan kontranya tetap akan ada. Tepuk dada tanya hati. Kalau kena dekat batang hidung sendiri, macam mana?
p/s : Kalau nak tahu, Halimah Jongang ni siap ada Fan Page kat Facebook.