Chelsea telah dinobatkan selaku juara Liga Perdana Barlays bagi musim 2009/2010 semalam dengan menewaskan Wigan 8-0 di stadium Stamford Bridge. Hatrik daripada Didier Drogba, 2 gol daripada Nicolas Anelka manakala Frank Lampard, Salomon Kalou dan Ashley Cole masing-masing dengan satu gol.
Chelsea menjadi juara dengan Liga Inggeris musim ini dengan mengumpul 86 mata, satu mata lebih daripada Manchester United yang menduduki tangga kedua liga.
3 gol daripada Didier Drogba, telah menjadikan Drogba sebagai penjaring terbanyak musim ini dengan 29 gol menewaskan pesaingnya yang terdekat, Wayne Rooney yang menjaringkan sebanyak 26 gol.
Selepas memenangi Liga Perdana, Chelsea mempunyai satu lagi piala untuk dimenangi iaitu FA Cup dalam misi untuk melakarkan kejuaraan berganda. Chelsea akan menentang Portsmouth pada 15 Mei ini di Stadium Wembley. Confirm menang la. Double on the go !
Bawah ni antara aksi kemenangan bergaya 8-0 ke atas Wigan semalam.
Nicolas Anelka menjaringkan gol pertama Chelsea
Frank Lampard menjaringkan gol kedua untuk Chelsea dari melalui sepakan penalti
Salomon Kalou menjadikan kedudukan 3-0
Nicolas Anelka meraikan gol keduanya bersama Ashley Cole. Chelsea 4-0 Wigan
Didier Drogba menanduk bola ke dalam gol. Chelsea 5-0 Wigan
Jaringan dari sudut penalti oleh Drogba untuk gol ke-enam Chelsea
Drogba meraikan gol ke tiganya untuk gol ke tujuh Chelsea bersama rakan sepasukan
Ashley Cole dengan volley cantik. Chelsea 8-0 Wigan
Chelsea juara ! Manchester United loser ! Haha.
Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti dengan trofi EPL