Showing posts with label Chelsea Juara Liga Inggeris Musim 2009/2010. Show all posts
Showing posts with label Chelsea Juara Liga Inggeris Musim 2009/2010. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Chelsea Musim 09/10 Ini


Semua mungkin dah tahu bahawa Chelsea telah memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim ini dan baru-baru ni juga telah memenangi FA Cup. So, in tribute to my favourite football club, here's 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Chelsea Musim 09/10 Ini.

1) Chelsea telah memenangi Liga Inggeris buat pertama kali dalam 4 tahun selepas pemergian Jose Mourinho



2) Penyerang Chelsea, Didier Drogba telah memenangi anugerah Kasut Emas pada musim ini dengan 29 gol.



3) Penjaga gol Chelsea, Petr Cech telah memenangi anugerah Sarung Tangan Emas musim ini dengan merekodkan 17 clean sheet.



4) Midfielder Chelsea, Frank Lampard telah menjaringkan lebih 20 gol untuk 5 musim berturut-turut.



5) Chelsea telah menewaskan semua pasukan 'Big Four' iaitu Manchester United, Liverpool dan Arsenal di gelanggang sendiri dan juga gelanggan lawan.



6) Chelsea adalah pasukan pertama yang menjaringkan lebih 100 gol dalam satu musim dalam Liga Perdana

7) Carlo Ancelotti adalah pengurus berbangsa Itali yang pertama yang telah memenangi Liga Perdana



8) Sebelum Carlo Ancelotti dilantik menjadi pengurus musim ini, Chelsea telah bertukar pengurus sebanyak 3 kali selepas pemergian Jose Mourinho. Antara pengurus mereka adalah Avram Grant, Felipe Scolari dan Guss Hiddink.



9) Chelsea telah menjaringkan 7 gol menentang 4 pasukan iaitu Sunderland (7-2), Aston Villa (7-1), Stoke City (7-0) dan Wigan (8-0).

10) Dengan FA Cup yang telah dimenangi baru-baru ini, Chelsea telah mencipta sejarah kelab iaitu dengan buat pertama kalinya memenangi kejuaraan berganda dalam satu musim.

Monday, May 10, 2010

Aksi Chelsea Juara Liga Inggeris Musim 09/10 !




Chelsea telah dinobatkan selaku juara Liga Perdana Barlays bagi musim 2009/2010 semalam dengan menewaskan Wigan 8-0 di stadium Stamford Bridge. Hatrik daripada Didier Drogba, 2 gol daripada Nicolas Anelka manakala Frank Lampard, Salomon Kalou dan Ashley Cole masing-masing dengan satu gol.

Chelsea menjadi juara dengan Liga Inggeris musim ini dengan mengumpul 86 mata, satu mata lebih daripada Manchester United yang menduduki tangga kedua liga.

3 gol daripada Didier Drogba, telah menjadikan Drogba sebagai penjaring terbanyak musim ini dengan 29 gol menewaskan pesaingnya yang terdekat, Wayne Rooney yang menjaringkan sebanyak 26 gol.

Selepas memenangi Liga Perdana, Chelsea mempunyai satu lagi piala untuk dimenangi iaitu FA Cup dalam misi untuk melakarkan kejuaraan berganda. Chelsea akan menentang Portsmouth pada 15 Mei ini di Stadium Wembley. Confirm menang la. Double on the go !

Bawah ni antara aksi kemenangan bergaya 8-0 ke atas Wigan semalam.


Nicolas Anelka menjaringkan gol pertama Chelsea


Frank Lampard menjaringkan gol kedua untuk Chelsea dari melalui sepakan penalti


Salomon Kalou menjadikan kedudukan 3-0


Nicolas Anelka meraikan gol keduanya bersama Ashley Cole. Chelsea 4-0 Wigan


Didier Drogba menanduk bola ke dalam gol. Chelsea 5-0 Wigan


Jaringan dari sudut penalti oleh Drogba untuk gol ke-enam Chelsea


Drogba meraikan gol ke tiganya untuk gol ke tujuh Chelsea bersama rakan sepasukan


Ashley Cole dengan volley cantik. Chelsea 8-0 Wigan


Chelsea juara ! Manchester United loser ! Haha.


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti dengan trofi EPL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...