Monday, March 8, 2010

Kesian Blobfish !




Apakah makhluk ni? Kesian tengok muka dia, macam nak nangis je. Makhluk yang bermuka sedih ini namanya Blobfish. Panjang badannya dalam 12 inci dan tinggal di laut sedalam 900 meter. Sebab tu kita jarang nampak ikan ni. Tak terfikir pun kan ada makhluk sebegini rupa. Blobfish ni boleh di jumpai di lautan Australia dan Tasmani sahaja.

Blobfish ni tak banyak di dunia dan sekarang makhluk ni diancam kepupusan. Peningkatan penangkapan ikan di laut dalam di lautan Australia dan Tasmania menyebabkan makhluk yang bermuka sedih ni turut ditangkap sekali oleh kapal penangkap ikan.

Blobfish ni mungkin hodoh lagi buruk, tapi dunia akan rugi jika makhluk yang unik sebegini pupus. Mungkin juga muka diorang macam ni sebab kawan-kawan dia banyak dah mati. Mungkin?

Gambar Blobfish yang telah ditangkap :




Sumber : Metro UK

4 comments:

Unknown said...

ada hidung.. klu dlm air cane la rupa dia gamaknya?

shaffique said...

itu kita tak tahu, lagi handsome kot..haha..

Lemangcute Comel Yang Dilindungi said...

hahhaa... ulasan telor nie..hahaha.. kesiannn...sedih sebab ramai kawan dah mati ehhh..hehehehe

Lemangcute Comel Yang Dilindungi said...

ehh..sorii..salah belog..belog bagus rupanya..tadi tengah browse belog telor..hehehe.. sori...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...