Monday, May 9, 2011

Bagaimana Prince William Dan Kate Middleton Sebenarnya Bertemu


Tahukan anda bagaimana Prince William dan Kate Middleton bertemu? Tahukan anda apa yang anda baca dalam berita tentang mereka semua karut? Macam ni sebenarnya mereka bertemu. Just like the classic love story. Haha.


Sumber : Neil Cameron

Saturday, May 7, 2011

Cooper, Kucing Yang Pandai Mengambil Gambar


Anda ada kucing yang suka merayau? Pernah tertanya ke manakah kucing anda pergi? Adakah pergi mengawan? Itulah persoalan yang menjadi idea kepada Michael dan Deirdre Cross, tuan kepada Cooper, kucing yang pandai mengambil gambar.

Pasangan Cross telah memakaikan Cooper timer-operated camera di lehernya dan setiap 2 minit, kamera itu akan menangkap gambar secara automatik. Antara gambar-gambar yang ditangkap oleh Coooper ialah gambar tempat persembunyian kegemarannya, gambar kucing lain, gambar tuannya dan lain-lain. Kiranya gambar yang ditangkap adalah dari mata seekor kucing la.

Cooper dan tuannya setakat ini telah mengadakan dua pameran di Amerika dan gambar-gambar yang ditangkap mendapat permintaan ramai untuk dibeli. Cooper juga mempunyai lebih 40 ribu peminat di Facebook dan dokumentari tentangnya telah ditayangkan di Animal Planet. Lagi gambar boleh klik di bawah.




Friday, May 6, 2011

Bagaimana Mahu Menjadi X-Men (DIY)


Mahu menjadi X-Men seperti Wolverine? Tetapi malangnya tiada radiasi atau mutasi berlaku kepada anda? Jangan risau kerana Rafael Bastos, seorang pereka grafik ada jalan penyelesaiannya.

Dengan berbekalkan beberapa barang yang mudah didapati dengan kos yang murah, anda boleh menjadi ahli X-Men seperti Wolverine, Cyclops, Gambit dan Magneto. Apa tunggu lagi, do it yourself ! Haha.


Wolverine


Cyclops


Thursday, May 5, 2011

Gambar-Gambar Palsu Mayat Osama Bin Laden


Seperti yang sedia maklum, Osama Bin Laden akhirnya telah mati dibunuh oleh pihak Amerika. Namum, ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ianya hanya konspirasi dari Amerika. Lebih menimbulkan syak wasangka lagi, White House tidak menyiarkan sebarang gambar mahupun video sebagai bukti yang menunjukkan Osama telah mati.

Dan di sepanjang itu, beberapa gambar mayat Osama yang palsu telah tersebar di Internet. Nampak macam real, tapi sebenarnya photoshop. Di sini ada beberapa gambar mayat Osama yang direka oleh mereka yang pandai ber-photoshop. Haha. AMARAN: Ada gambar yang diambil dari mayat sebenar and is very graphic.

Palsu

Original


Wednesday, May 4, 2011

Bagaimana Rasanya Tinggal Di IKEA


Korang dah pernah tengok filem 500 Days Of Summer ? Kalau dah tengok, kan ada scene di mana Zooey Deschanel dan Joseph Gordon-Levitt berangan mereka tinggal di rumah yang sebenarnya kedai perabot IKEA. Dalam scene tu ada la mereka berangan di dapur, bilik air, dan bilik tidur.

Jurugambar Christian Gideon, mendapat inspirasi dari filem itu dan telah menghasilkan beberapa koleksi gambar menunjukkan bagaimana rasanya tinggal di IKEA. Ekspresi muka semua memang 'bersemangat dan menyakinkan'. Priceless! Lagi gambar boleh dilihat di website beliau.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...